About

Pages

Nov 20, 2012

Israel, Yahudi, Gaza & McDonalds

Ape bende...

Ya. Gua simpati dengan nasib penduduk Palestin. Bukan saja Palestin, namun semua bangsa yg menderita akibat perang di Gaza ni.
McDonalds? Boikot?

Abu: Eh Mail, kau ni..sudah-sudah la tu makan McD. McD ni produk Yahudi kau tau?? Kau tak kesian ke kt saudara islam kita kt Palestin tu kene bom dgn Israel Yahudi? Lagi ko nk makan and support diorg??

Mail: McD je ke? Bukan berlambak-lambak produk Yahudi yg kau duk pakai hari-hari? Facebook, laptop kau punya chipset mcm Intel bagai tu, kau tak nak boikot?

Abu: Laptop dan Facebook tu senjata Yahudi yg kita boleh pakai utk menentang balik dakyah mereka. Kat Facebook la kita boleh sebarkan kejahatan mereka tu. Sbb mereka tu bodoh!

Mail: So...kau ni pandai dari mereka lah? Kehkehkeh.

Abu: Apsl kau gelak?

Mail: Kau ni bandwagon kau tau? Orang lain boikot kau pon sebok boikot. Kau main facebook berapa lama dah? Aku tgk facebook kau penuh kau "LIKE" page-page yg memaparkan gadis-gadis seksi. Friend list kau penuh awek tak tutup aurat yg random kau add. Dan kau ni suka sangat post hal-hal politik yg membuka aib orang. Tanpa usul periksa kesahihan berita tu. Kau tau tak tu fitnah? Fitnah hukumya apa? Kau nk boikot kau boikot lah. Lagi bagus kalau kau boleh boikot kesuluruhan produk Yahudi yg ko benci sangat. Barang-barang ciptaan Yahudi pon kau jangan pakai. Aku tak marah. Aku akan respect. So jangan bising kat aku pasal benda ni. Aku lapar. Jadi aku nk makan Big Mac aku ni. Kau duk situ diam-diam.

Abu: .....nk sikit French Fries..bleh?

Stand point gua kt sini, gua tak kisah lu orang nk boikot ke apa. Tu hak lu orang la. Tp kalo ada yg tak turut serta utk boikot, lu orang caci maki diorg, lu orang salah. Tu bukan caranya. Lgpon bab boikot memboikot ni lg elok kalo dibuat secara kesuluruhan. Bukan sekadar McDonalds, Starbuck ke apa semua sekali buat. Tambah-tambah Perdana Menteri kita yg Islam itu, apa kata suruh dia sekat semua produk Yahudi daripada masuk ke dalam negara kita. Baru la nmpk impaknya. Kehkehkeh.

Ya bukan mudah nk buat macam tu. Gua cuma menyirap dekat ekstrimis yg mcm da habis suci la diri dia bila dia x makan McD. Gerem je.

Fast Food bukan la diet yg sihat. So gua rasa kalau lu boikot dari sudut tu lg bagus kot?
Bukan jugak gua nk sokong Israel. Gua tentang ideology Zionism. If Ali seorang Melayu mengamalkan Zionism, gua tentang ideology Ali. Gua tak benci dia sbb dia Ali, gua tak benci dia sebab dia Melayu, gua benci ideology Zionism beliau.

Nampak tak di situ?
Hak masing-masing, pendapat masing-masing. Lain orang, lain cara pemikiran. We can agree to disagree, with respect.

Adios.

Nov 4, 2012

Kehujanan Kebasahan

Sejak dari penghujung Oktober, langit masih lagi kerap menangis menandakan musim nya berada dikemuncak.
Sudah berhari-hari asyik terkena hujan ketika menjalankan tugas sebagai pomen internet ni.
Namun demam masih tak kunjung tiba. Bukan lah meminta, tetap bersyukur tubuh ini masih sihat walaupon semakin hari semakin tahun menjengah 30-an. Alhamdulillah.
Sebenarnya ingin sangat MC. Bukan apa, boleh saja kalau mahu MC tanpa sakit. Cuma dah selalu sangat buat sebelum ni. Kehkehkeh.

Hari ini hari cuti. Membasuh pakaian dan segala jadah yg perlu dibasuh tu sudah namun pengeringan masih agak perlahan akibat cuaca yang tidak menampakkan sinaran mentari menyinari. Sudah tiga pasang kasut yg basah akibat hujan masih belum kering. Sebenarnya lebih suka mengenakan Vans Half Cab ke tempat kerja. Oleh sebab dah basah, tggl kasut-kasut koleksi futuristik saja utk dipakai. Sudah seperti Gaban ke tempat kerja.

Anak-anak kucing masih kecil menambahkan geram. Si Tompok yg degil tidak mahu mengikut protokol kencing di dalam pasir. Masih suka kencing di balik meja TV dan kencing di sekitar ceruk-ceruk.
Setiap kali ketahuan, denda mengurung beliau satu malam di laksanakan.

Haih. Kehidupan banyak dihabiskan di rumah kini. Mungkin dahulu suka berfoya diluar kerana duduk dirumah sewa yg tak serupa mcm rumah bersama rakan-rakan. Bujang katakan. Kini rumah lah segalanya. Tempat berehat. Tempat menghilangkan lelah. Jadi nak tak nak, suka sangat bersihkan rumah sampai puas hati.

Fuck. TUA!

Oct 24, 2012

Jangan Bersedih

Lately ni malas gila.
Banyak benda pk and rambut pon kerap gugur.
Tak mau la botak. Gua nk jd daddy yg cool. Ceyy.
Banyak target jugak. Tu yg pening kepala sikit tu.
Sbb target tu banyak so kene setel satu-satu. Kesabaran pulak menipis.

Orang kata jangan banyak mengeluh. Nanti rezeki susah nak bertandang.
Aku bersyukur dengan apa yg ada. Namun masih mengharap utk sesuatu yg lebih baik.
Tak salah kan?

Sep 30, 2012

Well, well, well.

Assalamualaikum.

Ceyyy. berapa lama dah gua tutup blog ni? Takde la lama sangat. Tak sampai setahun pon.
Walaupon blom genap setahun tapi macam-macam dah berlaku.
Mari kita flashback dan update sikit apa yang berlaku sepanjang blog ni tutup. LULZ.

1. Muzik.
Satu bermula, satu berehat. Ya gua cakap pasal band-band gua. Kalau disemak pada post-post yang lama, band gua DICKTRACY telah rip. Namun atas beberapa perkara dan kejadian yang malas gua nk story kat sini, band ni berjaya dihidupkan kembali dan diberi nafas baru. Ceyy. Dan untuk band gua; PROGNOSIS: DEATH!, nampaknya sudah sampai masa untuk berehat panjang. Buat masa ni tak ada perancangan apa pon untuk P:D! Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada nak buat macam mannnewww.


Line-up 2012 Dicktracy.

2. Haiwan
Gua ada kucings baru. "KUCINGS" maksudnya ada banyak dah sekarang ni! Wahaha. Maksudnya Marco, Mia dan Leooooo. So cerita diekor ialah;
      
            Marco.
               - dah besar.
               - dah taknak duduk rumah, bila lapar je balik nak makan.
               - kaki gaduh.
               - garang dengan semua orang yg dahulunya memanjakan dia.
               - sentiasa rasa insecure (grrr..grrr..grrr.. A LOT.)
               - menyetubuhi Mia dan Mia mengandung 2 kali sejak awal 2012 sehingga post ini.

             Mia
               - dah besar dan hot.
               - mengandung dua kali dan dua-dua dengan Marco.
               - kandungan pertama 4 ekor namun empat-empat k.o tak sampai sebulan
               - sayang Leo
               - kandungan kedua 3 ekor dan so far semua gemuk dan masih sihat sehingga hari ini
               - masih manja.

             Leo
               - remaja yang kelam kabut.
               - baik tetapi nakal.
               - paling senang mandi.
               - sayang Mia. (one day gua rasa dia ni akan menyutubuhi Mia)


Marco like a hobo sleeping at the corridor.


Kandungan pertama Mia, dan anak-anaknya yg hidup tak sampai sebulan.


Anak-anak kandungan kedua Mia yg survive hingga hari ini.


Leo showing his balls.

3. Perkahwinan.
Jyeah. Gua kawin. Simple and happy. Gua tak main-main bila gua kawin. Sbb, bila dikaji-kaji, gua ni dah jatuh syarat wajib kawin. Kawin akan jadi susah bila ikut adat Melayu. Tp dalam agama, mudah caranya. Ingat ye. Cara tu mudah, pelaksanaan tu je akan jadi berat bila tak boleh berfikir dengan matang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Gua selamat diijab kabul sekali lafaz di Masjid Wilayah pada 1 Jun 2012. Majlis makan malam dianjurkan dgn suasana amat sederhana. Maaflah pada yg tidak dijemput. Sbb gua buat kecil-kecil sahaja. Gua bukan bajet besar. Gua tak mahu membazir. Kalau gua ajak ramai-ramai tak padan dengan bajet, nnt lu orang sampai tak dapat makan tak dapat duduk, gua yg dosa. So chill ok?
Gua juga berterima kasih amat sangat pada keluarga sbb bg gua dan isteri handle sendiri perihal kahwin kami. Parents just topup sikit je kat mana-mana yg perlu. Dan terima kasih pada saudara mara dan kawan-kawan yg hadir.
Dan mungkin rezeki gua jugak, alhamdulillah wife gua kini 9 minggu pregnant. Gua power ok. LULZ.
Doakan kandungan ini selamat dan lahir menjadi insan yg berguna. Amin.


Yang baju kelabu, semua pengapit gua. Yey!


Sirap ok. SIRAP!


Wife gua dan kandungan 9 minggu nya.

Itu la sedikit sebanyak hapdet gua sepanjang peninggalan diblog ni.
Ada masa gua update lg. Tak ada masa gua tutup balik blog ni. Hua hua hua. Ciao.

Jan 18, 2012

Pray for This New Day

Dah lama gua x update blogspot ni.
Gua xde idea sebenarnya.
Selamat Tahun Baru Calender Orang Putih kepada semua.
Walaupon lewat 17 hari wish kat blog ni.

Banyak benda berlaku 2011.
Apa yg gua buat 2011 kebanyakkan ialah perancangan utk menghadapi 2012.
Bukan bermaksud 2012 tahun nak kiamat dan gua rancang macam mana nak hadapi kiamat pulak.
Gua sebagai orang Islam, xbleh menduga hari Kiamat.
Dalam ajaran Islam yg gua tau, tiada siapa pon tahu tarikh sebenar hari Kiamat.

Perancangan yg gua maksudkan ialah perancangan hidup gua.
2012 adalah tahun gua menjengag 26 tahun hidup di muka bumi ni.
Pada gua, yg banyak main dari serius ni, 26 tahun bukan lah tahun yg gua bleh nk leka-leka lagi..
Cukup lah 25 tahun gua acah-acah dengan kehidupan.
Gua nak buat perkara-perkara serius. Tapi xde lah sampai merubah personaliti gua ni. Haha.

Wishlist gua utk tahun 2011, kebanyakkan nya yg penting-penting dah tercapai. Alhamdulillah.
Sebab kalau gua fail wishlist penting gua utk tahun 2011, wishlist tahun 2012 gua menjadi payah utk dilaksanakan.

Wishlist 2012 gua, gua target Karier, Family and the last chance for my passion; Music & Band.
Honestly blog ni xkan aktif sgt. Maybe sapa yg ada Tumblr bleh follow gua kt Tumblr.
Gua x banyak menaip dah skrg. Dont bother about asking why this blog sgt slow update.

Have a nice day guys. :)