About

Pages

Nov 20, 2012

Israel, Yahudi, Gaza & McDonalds

Ape bende...

Ya. Gua simpati dengan nasib penduduk Palestin. Bukan saja Palestin, namun semua bangsa yg menderita akibat perang di Gaza ni.
McDonalds? Boikot?

Abu: Eh Mail, kau ni..sudah-sudah la tu makan McD. McD ni produk Yahudi kau tau?? Kau tak kesian ke kt saudara islam kita kt Palestin tu kene bom dgn Israel Yahudi? Lagi ko nk makan and support diorg??

Mail: McD je ke? Bukan berlambak-lambak produk Yahudi yg kau duk pakai hari-hari? Facebook, laptop kau punya chipset mcm Intel bagai tu, kau tak nak boikot?

Abu: Laptop dan Facebook tu senjata Yahudi yg kita boleh pakai utk menentang balik dakyah mereka. Kat Facebook la kita boleh sebarkan kejahatan mereka tu. Sbb mereka tu bodoh!

Mail: So...kau ni pandai dari mereka lah? Kehkehkeh.

Abu: Apsl kau gelak?

Mail: Kau ni bandwagon kau tau? Orang lain boikot kau pon sebok boikot. Kau main facebook berapa lama dah? Aku tgk facebook kau penuh kau "LIKE" page-page yg memaparkan gadis-gadis seksi. Friend list kau penuh awek tak tutup aurat yg random kau add. Dan kau ni suka sangat post hal-hal politik yg membuka aib orang. Tanpa usul periksa kesahihan berita tu. Kau tau tak tu fitnah? Fitnah hukumya apa? Kau nk boikot kau boikot lah. Lagi bagus kalau kau boleh boikot kesuluruhan produk Yahudi yg ko benci sangat. Barang-barang ciptaan Yahudi pon kau jangan pakai. Aku tak marah. Aku akan respect. So jangan bising kat aku pasal benda ni. Aku lapar. Jadi aku nk makan Big Mac aku ni. Kau duk situ diam-diam.

Abu: .....nk sikit French Fries..bleh?

Stand point gua kt sini, gua tak kisah lu orang nk boikot ke apa. Tu hak lu orang la. Tp kalo ada yg tak turut serta utk boikot, lu orang caci maki diorg, lu orang salah. Tu bukan caranya. Lgpon bab boikot memboikot ni lg elok kalo dibuat secara kesuluruhan. Bukan sekadar McDonalds, Starbuck ke apa semua sekali buat. Tambah-tambah Perdana Menteri kita yg Islam itu, apa kata suruh dia sekat semua produk Yahudi daripada masuk ke dalam negara kita. Baru la nmpk impaknya. Kehkehkeh.

Ya bukan mudah nk buat macam tu. Gua cuma menyirap dekat ekstrimis yg mcm da habis suci la diri dia bila dia x makan McD. Gerem je.

Fast Food bukan la diet yg sihat. So gua rasa kalau lu boikot dari sudut tu lg bagus kot?
Bukan jugak gua nk sokong Israel. Gua tentang ideology Zionism. If Ali seorang Melayu mengamalkan Zionism, gua tentang ideology Ali. Gua tak benci dia sbb dia Ali, gua tak benci dia sebab dia Melayu, gua benci ideology Zionism beliau.

Nampak tak di situ?
Hak masing-masing, pendapat masing-masing. Lain orang, lain cara pemikiran. We can agree to disagree, with respect.

Adios.

Nov 4, 2012

Kehujanan Kebasahan

Sejak dari penghujung Oktober, langit masih lagi kerap menangis menandakan musim nya berada dikemuncak.
Sudah berhari-hari asyik terkena hujan ketika menjalankan tugas sebagai pomen internet ni.
Namun demam masih tak kunjung tiba. Bukan lah meminta, tetap bersyukur tubuh ini masih sihat walaupon semakin hari semakin tahun menjengah 30-an. Alhamdulillah.
Sebenarnya ingin sangat MC. Bukan apa, boleh saja kalau mahu MC tanpa sakit. Cuma dah selalu sangat buat sebelum ni. Kehkehkeh.

Hari ini hari cuti. Membasuh pakaian dan segala jadah yg perlu dibasuh tu sudah namun pengeringan masih agak perlahan akibat cuaca yang tidak menampakkan sinaran mentari menyinari. Sudah tiga pasang kasut yg basah akibat hujan masih belum kering. Sebenarnya lebih suka mengenakan Vans Half Cab ke tempat kerja. Oleh sebab dah basah, tggl kasut-kasut koleksi futuristik saja utk dipakai. Sudah seperti Gaban ke tempat kerja.

Anak-anak kucing masih kecil menambahkan geram. Si Tompok yg degil tidak mahu mengikut protokol kencing di dalam pasir. Masih suka kencing di balik meja TV dan kencing di sekitar ceruk-ceruk.
Setiap kali ketahuan, denda mengurung beliau satu malam di laksanakan.

Haih. Kehidupan banyak dihabiskan di rumah kini. Mungkin dahulu suka berfoya diluar kerana duduk dirumah sewa yg tak serupa mcm rumah bersama rakan-rakan. Bujang katakan. Kini rumah lah segalanya. Tempat berehat. Tempat menghilangkan lelah. Jadi nak tak nak, suka sangat bersihkan rumah sampai puas hati.

Fuck. TUA!