Yellowww...
Orite gais, last week gua da mengambil cuti tahunan gua. Supaya gua boleh bersuka ria dihujung minggu. Gua ada show di Singapore, maka dengan kebijaksanaan gelpren gua, beliau mencadangkan supaya trip ke Singapore ni diselitkan dengan acara vacation skali. Oleh itu, semua perancangan telah dibuat oleh beliau. Gua ikut je..memandangkan gua sibuk dengan kerja dan gua mmg x mahir nak organize jadah2 ni haha.
Rabak beb.
Amende yg dia suka ntah. Aku ngantuk nih..
Da cerah, perjalanan diteruskan!
Sebelum bergerak ke MRT terdekat, kami da beli tix balik M'sia siap2. So sekarang gerak ke MRT Lavender. Hanya 10 minit perjalanan saje. Sambil jalan, snap2 gambar lah. Hehe.
Ni Tourist Pass. Beli benda ni senang nak bergerak pakai Public Transport.
Sampai MRT ktorang pon menuju ke destinasi yg dirancang. Gua x ingt dah mana stesen ktorg g. Yang gua tau, kt MRT tu salin suar pendek, beli Tourist Pass then g cari tempat breakfast. Lapar gile beb. So kitorang berhenti dekat MRT Bugis, dan berjalan kaki ke area Victoria St.
Semua tu dia punya. Wakaka.
Setelah berpeluh ketiak berjalan, sampai la ke Victoria St. Dekat je pon sbnrnye..jauh kalo korang malas. haha. Restoran yg dikatakan pemes kat sini ialah Restoran Zam Zam dan Restoran Victory. Sebelah2 je pon. Kami memilih Restoran Victory utk lepak breakfast. Order murtabak ayam dia..mak ai sedap wokk! Berlemak. Tapi!!! Gua bagitau awal2 la..sini makanan memang MAHAL! Dah x payah tanya aku bape harga nya. Tak mahu ku kenang lagi..huuuuuuuuuuu....! Lepas makan murtabak, minah ni g bedal nasik beryani daging lagi. Lantak ko lah. Hahaha!
The Hive - Backpackers Hostel
Dari Victoria St, kami naik blk MRT menuju ke tempat penginapan kami; The Hive. Tempat ni kami da booking awal2 dah. Jenuh gak si Maliha mencari2 tempat penginapan yg best. Ternyata beliau memang hebat sbb jumpa The Hive ni. Hehe. So kami pon berehat-rehat sekejap sebelum meneruskan aktivit disebelah petang.
Gua tengah bincang ngan org2 besar cara2 nak meningkatkan prestasi pekerja buruh asing..
Siap2 then terus naik MRT blk menuju ke Merlion Park. Ni nak g tgk Singa Duyung tu lah. Hahaha. Jalan kaki lagi..memang menyihatkan badan betol! Memang ramai orang kat sini walaupon hari tu hari Jumaat. Petang2 ramai orang ber-chill2 kat sini. Seronok..tapi panas. Bukan panas Matahari..tapi panas bahang..ugh..
Gua curious bangunan apa sebenarnye tu..unik.
Camwhoring time la..apa lagikkk!!
Emergency. Tukar pakai seliper. Kaki lemahh!!
Tourist
Makcik dahaga ye makcik?
Datang berdua..pandai2 la amek gambar sendirik.
Serius gua rasa KOOL gile amek gambar cenggini.
Dah habis Camwhoring kt Singayung pancut tu, tetibe lapar. Mengikut rancangan perjalanan, ada tempat makan best kat situ. So kitorg pon mencari la mana tempat nak mentekedarah. Pusing punya pusing sampai nak mati, rupanya tempat makan tu bukak petang2. Dalam kul 5. Sejam lebih la jugak tunggu bukak. Outdoor foodcourt. Tapi best lah petang2 ada angin2 sepoi2 bahasa inggeris.
Operasi mencari makanan
Itinerary yang dibuat oleh Maliha. Perjalanan teratur mengikut rancangan. Clever girl!
Perancangan perancangan aku xtau. Citenye aku lapa! Mee Rebus S'pore satu!
Char Kuey Tiaw S'pore
Makansutra Gluttons Bay nama tempatnya.
Selepas itu, kami pon pulang ke hostel. Sampai hostel pukul 6. Penat gila. Kami pon berehat dan tidor mati sampai la malam. Dalam pukul 11 macam tu. Kami kuar berjalan di area Arab St. Jalan kaki je dari hostel. Ade Mydin S'pore. Namanya Mustafa Supermarket. Mcm Mydin la sejibik. Tapi ni bukak 24jam. gile babi. Kul 1 pagi pon ramai orang lagi. Barang semua murah murah beb.
Pintu masuk ke hostel. High Security.
Ni gambar poyo je.
Ni kitchen. Tempat breakfast pagi2. Roti, teh, semua d sediakan. Free.
Pasaraya Mustaffa.
Penant. Balik tido. Sambung besoknye.
That's all for Day 1. Penat gile babi. Memang barai la jadi backpackers ni. ahaha. Tapi best. Next post aku sambung Day 2 k! Stay tuned! :)
13 comments:
berapa harga kau makan mutabak tu?
bangunan kapal tuh terbaik nip! kapal kt atas tuh sebenarnya public swimming pool. kalau kau usya, semat habis! haha! singapore best dowh!
bestt nyer... dat bangunan pelik hotel lor.. bapak cool.. aku tgk dlm amazing race asia ari tue..
=DD
cool gile holiday.. xsabar nk tgk gmbr2 lain~
bangunan pelik tu dikatakan milik tauke genting malaysia......orang kata la...klu orang tipu aku maknanya aku tipu ko jugak la.....
Reni - Murtabak tu ada banyak harga. 5, 7, 10 dollar. Mahal woi. aahha. aku makan yg 5 dollar.
mal - yeahh! singapore best. makan je mcm cipet! mcm mana nak naik atas tu? free ke bayar?
ckin - cool dan penat. hhahaha!
kamil - tokey genting tu yg buat? gile babi kaya mcm babi siall...kalo org tipu ko, maka tertipu lah aku.
member aku bgtau,..time aku gi dulu belum siap lagi...kapal kat atas tu pun dalam pembinaan lagi...
p/s : pastinya poket ko ngah koyak skung kn??...hahahahhahaha
memang koyyaakkkk! tp siyes koyak sbb makan dowh. lain2 mne ade aku blanje pape pon. makan jek yg mahal lahanat!
bangunan tu casino...aku hampir2 masuk tapi kene marah dgn member aku...
dah kenapa nk marah? masuk je usha2 xbleh ke? aha.
muslim not allowed katenye...tapi sebenarnye aku teringin...
owh yeke. bgus gak ade sign cmtu. abis kt atas skali tu pon xleh naik la? yg ade swimming pool tu?
aku nak baca sambungan 2.. mcm best. mintak iterneiry yang gf kau sediakan boleh? nak buat jd guide kalau pegi spore nnt. :)
nnt aku tnye gf aku. aku pon x bce. aku ikut je rancangan dia. hahah!
Post a Comment