About

Pages

Mar 29, 2011

Lat Kampung Boy the Musical


Ahad lepas aku ngan gf aku, 1st time g tgk persembahan teater muzikal. Ni la 1st time aku msuk dalam Istana Budaya yg btol2 tempat org selalu berteater tu.
Aku tgk Lat Kampung Boy the Musical. TERBAIK.
Tiket awal2 da gf aku book kt internet melalui web yg tertera kt flyer kt atas ni. hehe.
1st time tengok pon aku da kagum gile. Aku rasa mmg lg terbaik la dari tengok wayang ke ape.
Sbb ko nampak pelakon2 tu berlakon depan ko. Gile babi live!
Sape yg follow citer Kampung Boy ni aku assume korang msti tau jalan citer dia kan?
Lagi satu yg aku rasa best sebab Awie yg melakonkan watak Lat. Haha.
Aku rasa sebab Awie berlakon ngan loghat Perak dlm citer Zombie Kg Pisang & Hantu Kak Limah tu yg dia dapat watak si Lat ni. Haha. Just in case korang xtau la, Lat ni membesarkan Perak. Pastu pernah bersekolah kt sekolah yang sama dengan aku, Anderson Ipoh! Hoho.

Honestly aku cm tersentuh tengok citer ni. Sbb Lat ni dari kecik melukis, mcm aku. Cita2 nk jd pelukis.
Aku dulu kecik2 pon nak jd pelukis bila da besar. Tp Lat jd pelukis, aku jd Technician..tehel? Haha!
Teater ni arahan Harith Iskandar & Hans Isaac. Pelakon2 lain seperti Atilia, Omar Abdullah, Jalil Hamid, Douglas Lim..pastu len2 aku x kenal. ekekke!

Pape pon muzikal ni mmg best gile, lucu sedih semua ada. Memang terbaik la pada pendapat aku.
Diorg da extend muzikal ni sampai 5 April. So sape2 yg rasa nk tgk tu baik la cepat. Sbb tiket cepat abis!

Mar 18, 2011

HandPunk!

Oleh sebab blog ni pon da bersawang. Skali skale ade masa aku nak jugak cuci2 bg bersih. So post kali ni aku citer ce citer ce citer sket pasal sejarah aku menggunakan henpon. Ni pon sebab beberapa hari ni aku rasa banyak kali jugak aku tukar henpon. Padahal aku bukan gadget freak pon! Kenapa semua ni berlaku terhadap aku? warghhhh!!

Nokia 3210

Ni adalah henpon pertama yang aku pakai. Aku beli 80 hengget. Sekitar tahun 2003. Yakni masa aku form 5!
Padahal masa ni henpon da ada yg skrin kaler! Aku beli henpon ni sebenarnye dengan satu tujuan. Aku nak ngorat awek. Aku xtau nak cakap cmne ngan awek tersebut. So aku struggle beli henpon ni sekenhen. Semata-mata nk msg awek tersebut. Hahaha!

Nokia 8210


Lepas 3210 aku jahanam, aku pakai henpon ni. Lebih hip la sbb kecik! wahaha. Henpon ni pon sekenhen gak. Aku sambar phone ni time aku da kt kolej. Tp phone ni pon hayat dia x lama. Ade je nak rosak. Mmg padan la muka aku yg suka beli sekenhen. Bukan apa..aku x kaya. tu pasal aku beli sekenhen je. Henpon ni bertahan 2 semester je masa kt kolej.

Nokia 3310


Yeah..ni phone tahan lasak! Phone ni aku pakai masa sem 3. Memang terbaik. Paling best keypad dia kalo type bunyik plastik tet tet tet tet tet!! Annoying bagi member yg xde awek/skandal sbb dgr kite2 yg ade gf 24-7 duk tet etettee tetetetete tetetett sms! wahahha! Pastu phone aku hilang kene rembat dek penyangak yg pecah masuk umh. Damn! Then, member aku tolak kt aku phone 3315. Lebih kurang je tp ade upgrade font kelip2 la ape la, hahah! Sekenhen jugak. Sebab aku x kaya nk sambar phone baru.

Sony Ericsson K300i


1st time pakai phone color screen!! Again, sekenhen gak. Beli dr member aku. End of 2007 baru dapat pakai phone kaler dan berkamera. wohoho! Dan first time gak pakai SE dan jatuh cinta dengan sound phone SE. Terbsss! Lama gak aku pakai phone ni. Xde masalah. Cuma masalah dia xleh charge. Aku lupa mana pegi phone ni. Aku jual ke? Trade in ke? Aku x ingat!

Sony Ericsson K750i


Lepas aku lupa mana pegi K300i aku, aku beli phone ni. Sekenhen lagi. Heheh. Aku beli sndirik ni pakai duet gaji aku! hoh! Phone ni syiok gila aku pakai beb. Sound best. Kamera best. Tapi!! Hilang kat mana xtau. Kimak gile. Aku rasa macam hilang dalam tren masa time aku balik keje. Ntah. Xtau aku mana hilang. Baru 3 bulan je aku pakai x silap aku. Cilakak gile!

Sony Ericsson G700


Sebab geram sgt phone K750i aku tu sekejap sgt hayatnya, 1st time aku menyambar phone baru! BUKAN SEKENHEN DAH! wahaha! Abis duet gaji aku. RM500 beb phone ni aku bli. Ada 3G! Bleh video call, touchscreen, ada pen stylus. Kamera dia cun kalo di bawah cahaya yg cukup. Kalo x cukup barai gila. Phone ni sbnrnye ala2 smartphone. Half-smart kot. Aku pon x paham. Aku suka phone ni. Tp malangnya phone ni barai sbb kene air hujan. erghh. Sayang btol. Aku nk jual pon da x laku da. emm..

Blackberry Curve 8520


Akhirnya..setelah berhempas pulas mencari rejeki. Ikat perut, save sana sini. Aku sambar BB Curve ni. Phone yg aku sangat puas ati. Phone yg agak terkini ni mmg cukup dengan keperluan aku. Aku beli baru ye. Bukan sekenhen. Haha. Kenapa x angkat iphone? Sbb aku x suka full touchscreen. Touchscreen cool, tp jari aku x leh handle kalo xde keypad. So kalo ade touchscreen dan keypad ok la. hehe.

HTC Touch Viva


Haa..ni sub-phone aku. Aku masih lagi pakai BB. Ni phone utk kerja. Phone ni ok je. Full touchscreen. Aku nak tolak phone ni sbnrnye. Xtau sape nak beli. Haha. Ade wifi. OS dia windows la.  Model lama ni sbnrnye.

Samsung B3410


Ni pon sub-phone. Pakai utk kerja. Tukar2 ngan HTC kt atas tu. Ni xde wifi. Pon nak tolak jugak. Haha. Banyak la plak henpon aku. Ekekekek!


Dah macam website jual henpon! haha. Aku bersyukur dengan rezeki yg tuhan bg kt aku. Alhamdulillah. Dapat beli henpon baru. Kalo dulu cm segan2 je pakai sekenhen. Kengkawan kelililng semua kaya raya. Phone canggih2. Skrg mampu beli dengan hasil titik sendiri. Ini lah sedikit sebanyak sejarah aku menggunakkan henpon. Haha. Jadah xde idea woi nk tulis blog! Ok selamat beramal!

Horizon to Zenith



Alright. Title xde kene mngene ngan entry post ni. hahah. Title tu sbb aku tgh dengar The Human Abstract - Digital Veil [2011] sambil memerah idea apa yg aku nk type kali ni. Btw album baru diorg ni mmg terbaik lah!

As some of you know that, especially yg follow blog aku. Aku ada story pasal band2 aku. So baru2 ni aku da quit drpd salah satu band. Yakni DICKTRACY. Bile aku buat official statement kt FB pasal pengunduran aku, ramai la yg bertanya apsl apsl apsl. Smpi ade yg personal msg semua.

Untuk meng"clear"kan keadaan, aku nak terangkan aku bkn lupa diri or what so ever la since main ngan DT ni. DT mmg banyak membantu aku meluaskan minat aku terhadap music. Masa aku masuk DT, teknik aku menyanyi dapat improve atas bantuan rakan band. Terima kasih banyak2.

Tp selama aku main muzik, selama aku kenal muzik, bila sampai satu2 peringkat, ada benda yg aku target. Memang pada dasarnya kita buat sesuatu tu dengan hati, tp at least msti ada something yg ko nk in return.
Well, benda yg aku nak tu tak tercapai bila aku ngan DT. Benda tu jadi slack bila aku da set awal2 masa join in the band, then at some point aku mcm kene let go hasrat tu or kene wait lg lama. Macam dah tersasar dari rancangan..in the end, rancangan tu sebenarnya x jd. No need to point out who's fault here. There's nothing to argue about.

Dan macam mana plak dengan Prognosis: Death! ?
PD ni lain sikit. Band yg aku buat atas dasar nak puaskan hati pada asalnya. Band projek.
So xde masalah. Sbb dari awal lg target dah set nak macam mana. Now da 4 years. We're still kickin' and doin good. Of course ade ups and downs but we're ok.

As for DT again, aku quit je. Bukan aku yg nk band tu RIP. Aku xtau kenapa Rizan RIP kan DT sbb masa aku discuss ngan dia, dia ckp dia still bleh contribute utk DT. So i really dunno what's going on after my official statement.

To those yg still support aku, thank you so much. Aku akan terus berkarya selagi mampu. Hopefully masih ada support lg drpd anda2 semua walau apa jenis muzik pon aku main lepas ni. haha.

p/s: I still diggin' beatdown tempo. Emmure, FTFD, Misery Signals, Volumes are still my favorite.