About

Pages

Sep 30, 2012

Well, well, well.

Assalamualaikum.

Ceyyy. berapa lama dah gua tutup blog ni? Takde la lama sangat. Tak sampai setahun pon.
Walaupon blom genap setahun tapi macam-macam dah berlaku.
Mari kita flashback dan update sikit apa yang berlaku sepanjang blog ni tutup. LULZ.

1. Muzik.
Satu bermula, satu berehat. Ya gua cakap pasal band-band gua. Kalau disemak pada post-post yang lama, band gua DICKTRACY telah rip. Namun atas beberapa perkara dan kejadian yang malas gua nk story kat sini, band ni berjaya dihidupkan kembali dan diberi nafas baru. Ceyy. Dan untuk band gua; PROGNOSIS: DEATH!, nampaknya sudah sampai masa untuk berehat panjang. Buat masa ni tak ada perancangan apa pon untuk P:D! Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada nak buat macam mannnewww.


Line-up 2012 Dicktracy.

2. Haiwan
Gua ada kucings baru. "KUCINGS" maksudnya ada banyak dah sekarang ni! Wahaha. Maksudnya Marco, Mia dan Leooooo. So cerita diekor ialah;
      
            Marco.
               - dah besar.
               - dah taknak duduk rumah, bila lapar je balik nak makan.
               - kaki gaduh.
               - garang dengan semua orang yg dahulunya memanjakan dia.
               - sentiasa rasa insecure (grrr..grrr..grrr.. A LOT.)
               - menyetubuhi Mia dan Mia mengandung 2 kali sejak awal 2012 sehingga post ini.

             Mia
               - dah besar dan hot.
               - mengandung dua kali dan dua-dua dengan Marco.
               - kandungan pertama 4 ekor namun empat-empat k.o tak sampai sebulan
               - sayang Leo
               - kandungan kedua 3 ekor dan so far semua gemuk dan masih sihat sehingga hari ini
               - masih manja.

             Leo
               - remaja yang kelam kabut.
               - baik tetapi nakal.
               - paling senang mandi.
               - sayang Mia. (one day gua rasa dia ni akan menyutubuhi Mia)


Marco like a hobo sleeping at the corridor.


Kandungan pertama Mia, dan anak-anaknya yg hidup tak sampai sebulan.


Anak-anak kandungan kedua Mia yg survive hingga hari ini.


Leo showing his balls.

3. Perkahwinan.
Jyeah. Gua kawin. Simple and happy. Gua tak main-main bila gua kawin. Sbb, bila dikaji-kaji, gua ni dah jatuh syarat wajib kawin. Kawin akan jadi susah bila ikut adat Melayu. Tp dalam agama, mudah caranya. Ingat ye. Cara tu mudah, pelaksanaan tu je akan jadi berat bila tak boleh berfikir dengan matang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Gua selamat diijab kabul sekali lafaz di Masjid Wilayah pada 1 Jun 2012. Majlis makan malam dianjurkan dgn suasana amat sederhana. Maaflah pada yg tidak dijemput. Sbb gua buat kecil-kecil sahaja. Gua bukan bajet besar. Gua tak mahu membazir. Kalau gua ajak ramai-ramai tak padan dengan bajet, nnt lu orang sampai tak dapat makan tak dapat duduk, gua yg dosa. So chill ok?
Gua juga berterima kasih amat sangat pada keluarga sbb bg gua dan isteri handle sendiri perihal kahwin kami. Parents just topup sikit je kat mana-mana yg perlu. Dan terima kasih pada saudara mara dan kawan-kawan yg hadir.
Dan mungkin rezeki gua jugak, alhamdulillah wife gua kini 9 minggu pregnant. Gua power ok. LULZ.
Doakan kandungan ini selamat dan lahir menjadi insan yg berguna. Amin.


Yang baju kelabu, semua pengapit gua. Yey!


Sirap ok. SIRAP!


Wife gua dan kandungan 9 minggu nya.

Itu la sedikit sebanyak hapdet gua sepanjang peninggalan diblog ni.
Ada masa gua update lg. Tak ada masa gua tutup balik blog ni. Hua hua hua. Ciao.

1 comment:

Buyoq said...

happy for you ma friend !