About

Pages

Dec 8, 2010

How Big Is Our Music Scene?

 
Lama x mengarut pasal muzik. So waddup guys? Persoalan d atas. Ade sape2 bleh bgtau aku?
Aku rase scene muzik kt Malaysia ni agak besar sebenarnye. TAPI, nampak kecil d mata2 aku. Sbb ape? Sbb nye aku rasa scene muzik kt Malaysia ni berpuak-puak. Puak-puak ni dulu sebenarnya mmg satu masa dulu bersatu..tp pada masa kini aku rase da x mcm dulu. Geng kau buat hal kau, geng aku buat hal aku. Camtu la. Tu sebab scene jd kecik. Mana tak nye..sekelompok kat sana, sekelompok kt sini. Da bercerai berai.
Ini lah salah satu sebab kejadian gig yg kurang umatnya nak datang.

Benda2 ni x asing sangat lah sebenarnye. Memang lumrah alam manusia di bumi Malaysia ni, terutamanya Melayu. Sebab apa Melayu? Sebab Melayu je yg ramai aku nampak bergigging ni.

"Eh apehal ko nak salahkan Melayu plak??"

Gua bukan nak salahkan derr...tapi boleh kata la...majoritinya macam tu. Scene muzik Malaysia ni aku spesifik kan la pada rakan2 sealiran yakni budak2 main band. AJL, AIM tolak tepi la. Tu semua mmg buat duet. Tadehal sgt ngan aku. Yang budak2 main band core dan "indie-kunun-nya" ni beserta dengan para2 giggers yg kebanyakkannya remaja-remaja sekolah dan baru abis SPM, aku lihat ramai yang macam lalang.
Ni bukan nak menuduh ok. Ni sekadar observation aku je. Aku pon da kurang g gig memandangkan aku rasa aku da tua dan banyak lagi komitmen lain yg aku kena fokus.
So sebab ape aku cakap mcm lalang? Sebab TREND. Yes, i agreed that if some of u say that without trend we're nothing. Aku pon admit aku terjebak dalam budaya atau TREND masa kini ni. Tape wadehel weh kalo 800 org g gig semua trend sama? tak ke barai mata ko tgk? Ok aku tipu la 800 org. Tp RAMAI.

Trend pakaian aku terima lg. TREND lgu. Maybe term yg aku guna x kene. Tapi ape yg aku maksudkan ialah band2 yg main kt gig2. Kalo dah 10 band main satu gig, 8 band semua main sejenis. Muntah x? Muntah jugak la wehhh. Contoh ko main band. Band ko main Metalcore. Let say la dalam banyak2 influence ko terselit la band I Killed The Prom Queen. Korang pon buat lagu yang berbunyik mcm ni.


Drums : Counting....TAK TAK!!
Guitar 1, 2 & Bass: jeeeennngggggggggggggggggggg.

Guitar 2: JEJET!

Guitar 1: TET TET TET TET TET TETTETETETET

Guitar 2: JEJET!

Guitar 1: TET TET TET TET TET TETTETETETET

Korang paham x maksud aku? Mcm lagu IKTPQ - Say Goodbye punya riffing, lpas tu 8 band selepas band korang pon main riff yg lebih kurang. Tak bosan ke? Bukan aku nak mengutuk effort korang buat lagu. Bagus la boleh buat lagu. Tp kreativiti tu tolong la expand sket. Dan aku x paham kenapa semua crowd bleh layan stret band yg mcm tu 4-5 jam for 8 band tp bile band ke-9 main lain sket korang blah. Atau ade terselit tgh2 band yg main style lain sket korang da mcm xleh blah. Ape telinga korang boleh dengar Metalcore je ke?
Tu sebab aku ckp giggers skrg pon mcm lalang. xde variasi dah.

Dulu masa Hujan masih lagi bermain gig. Mase tengah letop. Ko campak la band2 "indie" kt mana2 gig. KOMPOM RAMAI. Kalo buat gig campur pon crowd still ramai utk setiap band. Band "indie" yg main ntahapahapa pon melaut crowdnye. Apsl sekarang dah xde? Apsl sekarang semua nak band yg spesyen je. Lpas tu tau plak mengeluh boring. Dah ko sendiri x support band2 yg cuba buat kelainan. Dah ko xnk bg peluang kt telinga ko tu dengar genre lain.

Lepas Hujan dah pecah tembok muzik underground (ade lagi ke "underground" ? aku rasa da lama pupus sbb da xbleh define se"undergound" manakah sesebuah band tu. haha!) mana pergi aura band2 "indie"? HARAM xde dah..yg tinggal pon da xde semangat da nak teruskan. Sbb abang Noh sayang diorg da g jauh tgglkan diorg. Budak2 gig pon da menyampah nak tgk band2 Hujan wannabe or "indie" ni main kt gig.

So budak2 yg dulunya terkinja-kinja dengan lagu2 Lonely Soldier Boy, Aku adek dan engkau abang pon berpaling arah ke muzik yang lebih keras. Mereka belajar muzik2 keras ni since gig2 campur. So semua pon start pangkah tangan, pakai shorts, kasut New Balance, ikat key d kepala dan mcm2 la yang menunjukkan kehadkuran mereka. Salah satu sifat LALANG yg ada dalam scene.

Tak salah ko nak layan hadkur skalipon kalo dulu ko seorang raingers. Tak perlu kot ko datang gig dengan muka hadkor habis piyor from belaaaaddd nak menunjukkan yg ko btol2 hadkur. Ok2, i get it. u tried to fit in. Lpas tu bile ade band or gig "indie" korang pangkah cepat2. Apa salah diorg kt ko sial?

Sometimes i wish there's no puak2 in crowd. Bila ko jadi crowd, harap2 semua boleh bersifat terbuka dan universal. Kat sini semua kene main peranan penting. Kalo korang sayangkan scene muzik kite yg besar tapi nampak kecil ni, sama2 lah bantu membantu beb. Kalo organizer tu buat gig campur, datang la ramai2, and bg peluang kat telinga korang dengar band2 yg ko tak pernah dengar. Contoh band yg main Metalcore. Band Metalcore ni salah satu cabang core. Ye aku tau korang suka dengar Metalcore sbb breakdown yg kononnya sungguh "meletop". Tapi kalo breakdown dari 0:00 sampai 5:00 semua breakdown jahanam jugak weh. Open la sket. Dengar la cabang hardcore lain..cuba la jadikan muzik ni satu ilmu. Bukan sekadar TREND yang nak menunjukkan korang UP TO DATE mengikut peredaran remaja MASA KINI. Sorang dengar De Debel Wes Prada, Brink Mee De Holaizon, 800 org lagi kt blakang pon dengar yang sama. Patut lah scene susah nak maju. Aku pon tau mostly organizer akan buat gig ikut bape ramai yg akan datang gig beliau. Maka beliau akan observe genre apa yg tengah naik. Kalo Metalcore, diorg akan bariskan band2 Metalcore. Kalo Punk, band Punk la yang banyak dlm list, and so-on.

Banyak sebenarnya faktor kenapa susah nak kumpul band2 yg berlainan jenis ni. Paling kuat tu la, sifat berpuak-puak. Sana xleh ngam ngan sini, sini xleh ngam ngan sana. Susah sangat ke nak enjoy muzik? Susah sangat ke nak respect orang? Tak paham betol aku ngan mentaliti cmni. Aku buat entri ni bukan apa..aku tgk keadaan ni x banyak berubah. Walaupon konon band2 independent skrg da byk yg masuk radio..tp besar ke impak nye? Bagi aku tak. Lagi cacamarba ade lah! Sbb pihak media yg expose band2 cmni sepatah tahi pon xtau apa yg diorg expose. Ape kejadah "indie-indie" aku lempang kang! Korang sendiri pon tau kan maksud aku??

Ok. Aku pon ade band. Aku bukan BUTTHURT sbb xde org nak pggl band aku main gig or xde org nk tgk band aku perform. Aku main band sbb aku suka. Sbb benda tu yg buat aku puas. Tp benda2 cmni buat aku malas nak g gig. Dan aku pon mmg ade komitmen lain. Menyebabkan gig2 mingguan tak menarik perhatian aku. Mana tak nya..mcm aku ckp kt atas. List band semua lebih kurang je sound dan lagu. Lagi ko nak pegi tiap2 minggu? Kalo gig Metal/hardcore umumnya mcm tu lah. Kalo gig2 rock, pop ke band2 nye teramat lah sampah. Sorry to say, wannabe Hujan masih ada yg x segan2 buat lagu ala2 Skandal mak kau dan Aku Sudah Arwah. Lagu kalo sedap xpe. Hujan lagu dia sedap. Aku admit la sedap walaupon attitude frontman dia fail kengkadang. Tapi at least telinga boleh terima. Ni ko nak main alternative-rock pastu suara nak buat jugak mcm Noh, style ngada2..pastu lebih2 lak tu da jadi mcm ayam nak megholoh (tidur) ko tau?
Serius la sikit buat band. Kalo main post-rock. Biar la berseni sket lagu ko. Jangan ko main taram je pastu ko claim tu seni post-rock. Kepala bana kau lah. Aku bukan la arif sangat dengan Post-Rock tp at least aku tau la sket2 mana2 sound yang betol2 amazing or just merepek.

Dari zaman aku posuer, sampai la aku da kurang minat nak dtg gig every week, mcm2 jenis muzik aku dengar. Aku suka Metal. Tapi aku dengar jugak stuff lain mcm Post-HC, Post-Punk, Alternatif, Emo ke ape jadah skali pon. Tapi nak cari variasi dalam Malaysia ni cukup susah! So pada yang di luar sana nak mencuba kelainan jgn berhenti. Teruskan! Dan tolonglah hasilkan muzik yg berkualiti. Biar terbukak sket mata2 "scene kids" nih.

Hopefully xde yg marah dengan entri aku kali ni. Aku tau setengah2 explanation aku maybe mengarut dan x masuk akal. Aku ingatkan sekali lagi yg ni apa yg ade dlm palahotak aku je. Pendapat aku je. Xyah nak terasa or butthurt lebih2. Kalo nak tegur cara aku, tegur dengan kepala hotak kurniaan Tuhan. Jangan main sembur mcm aku kacau telur apak kau. Hahahahah! Thanks and bye!

12 comments:

Izmal Che Ahmad said...

sumpah aku suka post kau nih. haha. share kt semua org kasi depa paham.

kc qasedah said...

ANEPPP! this is seriously TRUE~! aku nak buat entri mcm neh tapi kau tau la kan,pemikiran aku tak terlalu meluasss! aku noticed semua neh dr dulu lg,mmg scene kita berpuak-puak. then,yg tak tahan mulut cakap "fuck racism,stop discrimination" and bla bla bla tapi diri sendiri mmg racism n suka discriminate org! fuck off! aku tak faham yang cengkonon nya pior sgt la metalkor n hadkor neh hipokrit! malu ke nak layan lagu2 indie? fuck! aku n mal honestly still layan indie rock,power pop tapi yang berSENI la! siyes shit man,dorg tak mcm zaman2 kita dulu kan? tup2 terus nak pior of bled la sgt! hehe hehe hehe aku suka entri neh! HELL YEAH!

ANXP said...

korang - haha tibe2 lak mencurah idea nak type cm gini. kalo x bosan je post2 aku kn? aha.

Anonymous said...

FUCKING ACED! I LOVE THE STORY LINE, I GUESS WE CAN HIRE YOU TO OUR COMPANY, HOWS THAT? WAKAKKAKAKA
BEST BODOHH APA KO TULIS NI.

ANXP said...

kompeni apa gila? haha.

Anonymous said...

kompeni syok sendiri. the end

Buyoq said...

"SUKA" hang tulis ni
"SUKA"
aku hebat main music.aku power.
akulah raja segalanya.aku suka merapu kt stage.
nice kn aku ?

ANXP said...

amende hg bodo? hahaha.

.ema. said...

vain musiccccc gak terbaikkkk AHAHAHAHAAAHAHAHA

A, is for Anomaly said...

true enough.

wa ingat lagi wa pegi metal hardcore fest 2009.campo band metal sama HC.dah la band punya list divide dua,kalau HC habes semua band HC punya set, bila metal suma tolak malam +______+ heran wa takde variasi. pastu crowd takyah cakap la,memang tak sporting lol.

weh wa nak review prognosis death,mana nak dapat CD?

regards,
A is for Anomaly

http://dissectingtheeuphony.blogspot.com/

Fenna Manson said...

entry ni bgus ni.. ajar skit bebudak, jgn nak racist dlm music sgt hahaha

ANXP said...

ema - hahah! rindu zaman tu! :p

AIFA - tu la. patut buat la selang seli kn?

owh, nnt aku emel kt dissecting the euphoney ok!

Frenna - nak mengajar tu, aku rasa aku x cukup layak. bdk2 skrg yg mana da tersedar tu yg harus menyedarkan yg lain. hehe.