About

Pages

Nov 4, 2012

Kehujanan Kebasahan

Sejak dari penghujung Oktober, langit masih lagi kerap menangis menandakan musim nya berada dikemuncak.
Sudah berhari-hari asyik terkena hujan ketika menjalankan tugas sebagai pomen internet ni.
Namun demam masih tak kunjung tiba. Bukan lah meminta, tetap bersyukur tubuh ini masih sihat walaupon semakin hari semakin tahun menjengah 30-an. Alhamdulillah.
Sebenarnya ingin sangat MC. Bukan apa, boleh saja kalau mahu MC tanpa sakit. Cuma dah selalu sangat buat sebelum ni. Kehkehkeh.

Hari ini hari cuti. Membasuh pakaian dan segala jadah yg perlu dibasuh tu sudah namun pengeringan masih agak perlahan akibat cuaca yang tidak menampakkan sinaran mentari menyinari. Sudah tiga pasang kasut yg basah akibat hujan masih belum kering. Sebenarnya lebih suka mengenakan Vans Half Cab ke tempat kerja. Oleh sebab dah basah, tggl kasut-kasut koleksi futuristik saja utk dipakai. Sudah seperti Gaban ke tempat kerja.

Anak-anak kucing masih kecil menambahkan geram. Si Tompok yg degil tidak mahu mengikut protokol kencing di dalam pasir. Masih suka kencing di balik meja TV dan kencing di sekitar ceruk-ceruk.
Setiap kali ketahuan, denda mengurung beliau satu malam di laksanakan.

Haih. Kehidupan banyak dihabiskan di rumah kini. Mungkin dahulu suka berfoya diluar kerana duduk dirumah sewa yg tak serupa mcm rumah bersama rakan-rakan. Bujang katakan. Kini rumah lah segalanya. Tempat berehat. Tempat menghilangkan lelah. Jadi nak tak nak, suka sangat bersihkan rumah sampai puas hati.

Fuck. TUA!

No comments: