About

Pages

Aug 22, 2010

Formdead

I've just delete my formspring cause i dont think i need that one.

Aug 19, 2010

The End Is Near, The End Is Here.

Sebelum tu aku nk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan2 ku yg beragama islam. X semapt nk wish awl2 Ramadhan aritu.
Neway..kebelakangan ni aku agak rajin jugak lah mem"browse" beberapa blog2 menarik. Blog2 org2 yg berfikiran luar kotak, blog2 amarah yg bijak, blog2 sindir menyindir dan blog2 yg menyentuh pelbagai aspek sensitiviti agama, bangsa mahupon masyarakat setempat. Bulan2 puasa ni la banyak plak cerita2 menarik (baik mahupon buruk). Kalo dalam sokabar tu, org buang bayi, bergaduh simbah2 acid, accident sana sini, bencana alam sana sini. Terdetik sejenak untuk aku mnginsafi diri.

So dlm bulan puasa ni, terkeluar la isu yg agak kecoh di sebuah laman sosial kegemaran ramai, Pesbuk. Pasal segelintir MELAYU yg mencela rukun Islam ketiga yakni puasa, serta umat yg menunaikan nya. Kenapa aku type MELAYU? Sbb pada aku MELAYU x semestinya ISLAM. ISLAM tu agama dan MELAYU tu bangsa. Sama la mcm org Arab. Ade yg Islam, ade yg Kafir. Cuma mindset kite di Malaysia ni da di setting kan yg kalo Melayu, wajib Islam. Aku nk bercakap pasal agama ni bukan lah pandai sangat. Aku cuma nk meluah kan pendapat atau buah fikiran aku terhadap apa yg berlaku d sekeliling. Pada aku, agama isu sensitif. Amat sensitif. Sbb ia berkait dengan kepercayaan seseorg. Kepercayaan yg datang dari hati. Tu sbb sensitif. Dan x sepatut nye kite boleh buat main2 bab agama. Maksud aku bkn boleh buat main2 ni ialah mcm ko xbleh nak main lepas je x pikir perasaan org lain. Dan ko xbleh jugak nk tunjuk pandai sangat kalo ko bukan "ahli" yg mutlak atau ko pon x berapa nak betol.
Kalau ikut hukum Islam, sesiapa yg asalnya seorang Mukmin, Islam tetapi telah Murtad, terkeluar daripada agama Islam, hukum nya wajib di pancung. Itu apa yg aku belajar. Sanggup ke aku g pancung org2 yg murtad? Kalo aku buat kt Malaysia ni, aku pon skali "gol". Dan aku rase aku x layak nk mnghukum sbb aku pon banyak dosa dan jauh menyimpang dr jalan-NYA.
Mengikut cara Islam, kalo kita x mampu nk melaksanakan hukuman tu secara fizikal, kita tegur, kalo xbleh tegur, kita berdoa dalam hati supaya diberi hidayah. Bukan nye pegi maki hamun macam org xde akhlak dan otak Apa2 ibadah kita buat, itu antara kita dengan Tuhan (Allah). DIA je yg mampu judge.

Sebenarnye, nilai moraliti, aspek mentaliti dan kesedaran hati dan diri manusia tu sendiri yg menyebabkan dunia ni kacau bilau. Aku percaya, dalam agama apa pon, xde yg mengajar penganutnya bermusuh2 dan mencaci maki sesama manusia. Sesama manusia tu maksudnye x kire la kau agama apa pon atau bangsa apa pon. Kita semua manusia. Xde agama yg menyuruh manusia berperang, bunuh membunuh sesama sendiri tak pasal2. Mentaliti manusia tu sendiri yg mnyebabkan perasaan dengki, benci tu muncul. Dan x lupa jugak nafsu yg sering menguasai hati dan otak manusia. Kalo kau tahu respek org, org akan respek kau. Tapi ramai sangat "orang" dalam dunia ni yg x bleh apply benda ni. Sebab semua nak tunjuk pandai, semua nak tunjuk alim.

Sekarang, dunia ni mmg da di akhir zaman. Aku bleh ckp aku almost x percaya semua benda yg berlaku dikalangan manusia dalam dunia ni dah.
Politik corrupt sana, corrupt sini. Freemason, Dajjal..mana lg berita yg bleh d percayai kalo semua da di exploitasi? The only thing that i believe right now is if u're Muslim, u've to get back to the Holy Al-Quran. Semua da termaktub dalam tu. Bukan baca je. Baca, faham betol2. kadang2 org baca, tp tafsiran tu da di exploitasi jd merepek2. Ya..benda ni pon nk di exploit dan di pesongkan.

Seperti yg aku mention. Aku bukan BAIK sangat. Aku bukan ALIM sangat. Aku banyak DOSA.
Tapi aku masih percayakan-Nya dan aku harap, aku dapat kembali ke jalan yg betol.

Ini hanyalah luahan atau pendapat aku. X perlu nk melenting, terasa, atau terusik. Berfikir pakai otak, Bukan kepala lutut.


Aug 15, 2010

Nothing Interesting

I wanna write something.
Something beautiful, something poetry.
But i cant spit out the words.
Cant make up my mind.
I'm not good in metaphor.
I'm not good in expressing my feelings.
I'm no romantic, i'm no sweet.
I wish for something good in the future.
I wish i could do better.
Everything can happen in our way to reach the end.
Everything can change.
I didnt ask much.
Just a fine happy life.
Living your life..living your life.
It is yours..do what u want.
As long as it can keep a smile on your face.

Dear God, i need strength..to improve myself.

.

Aug 8, 2010

Bands/Albums Review Pt. IV

Perghhh..dalam2 sibuk sempat gak buat review 6 bijik band. Info2 ni boleh la di share kita sesama kita yg minat muzik ni. Semoga berpuas ati la ye. Kalo ade yg kurang tu harap d maafkan. hehe.

Straylight Run
Kalo korang ingt lg gitaris/voc awal Taking Back Sunday, John Nolan, ini lah dia band yg ditubuhkan beliau setelah beliau keluar dari TBS. Lagu2 drpd band ni mmg sedap2 angin bertiup. Sebuah band yg bergenre ringan, alunan melody yg lebih aman berbanding TBS. Seronok layan time hening2 malam. Stuff2 diorg byk..maklum la band lama. Yg aku ade pon mcm album Straylight Run (S/T), The Needles the Space, EP lak Prepared to Be Wrong, Un Mas Dos dan About Time. Da tua2 ni syok plak ble dengar balik. haha.


The Word Alive
Band ni sbnrnye side project yg d asaskan oleh Craig Mabbit (Escape The Fate). Tp Craig da blah dan d gantikan oleh Tyler Smith. Tyler ni byk da men band. Antara band yg dia penah men Emarosa, In Fear and Faith (Voc) dan Greeley Estates (Bass/backing Voc). Ade satu EP yg berjudul Empire je yg aku jumpe. Tgk live video diorg kt Youtube mantop jugak la. bleh try dgr ok!




The Storm Picturesque
Boleh tahan band aussie ni. Scream terbaik jugaklah. Meriliskan dua EP berjudul The Storm Picturesque (2008) dan Hours (2010). Bile aku dengar lagu2 diorg ni mcm ade sikit2 BMTH pon ada. Hopefully diorg x rip dan terus mengembangkan karya mereka. Kalo siap album ni mcm terbaik je. Hopefully la.





Devil Sold His Soul
Band yg aku discover mse zaman2 awal d kolej. Mengetengahkan genre Post-Hc/Ambient yg bg aku agak rare jugak lah! Lain daripada yg lain. Rilisan2 mereka seperti Darkness Prevails (2005), A Fragile Hope (2007) dan paling latest Blessed & Cursed (2010). Album latest diorg ni pada aku mmg feel dia lebih sampai dilubuk hati la. Kalo atas moto tu aku dgr mp3 time balik kerja smbil ditemani matahari terbenam mmg tbe2 jd syahdu. Terbaik!



Killwhitneydead
Whoa..band ni jahat. Sebuah band deathcore namun cara pembawakkan muzik mereka ni lain drpd yg lain. kalo dgr msti ade yg x paham. haha. sbb nye band ni suka memasukkan petikan2 suara dari filem2 thriller dan horror terutamanya dalam lagu mereka. Dari riff2 berat "core" sampai lah riffing2 power metal dan classic rock, mmg menambah perisa dalam muzik mereka. Antara rilisan mereka yg ade dlm simpanan aku, Never Good Enough ('04), So Pretty So Plastic ('05), So Pretty So Plastic Remix ('06), Hell to Pay ('07), Nothing Less Nothing More ('07), Jingle Hell ('07) dan Stocking Stuffher ('08). Layan beb!

Sky Eats Airplane
Satu2 nye band yg menyelitkan unsur chiptune/nintendocore yg aku bleh terima. kalo nk suh aku dgr Horse The Band aku lg prefer Sky Eats Airplane. Lagi senang paham dan senang dgr. haha. Setakat yg aku tau, diorg da rilis 2 album, Everything Perfect in the Wrong Day dan Sky Eats Airplane (S/T). Seketul EP berjudul The Sound of Symmetry da rilis dalam awl tahun 2010 dan mungkin hujung tahun ni diorg akan rilis lg satu studio album. So kite tggu. Lagu2 dlm EP terbaru mereka ni boleh tahan. dah ada breakdown2 yg agak mantop jugak la. Hopefully studio album mereka x mngecewakan. yeah!


Secara jujurnye, x banyak band2 baru yg aku bleh review. Sbb banyak sgt. Dan kebanyakkan nye mmg ketara tipikal. Search je kt myspace, korang bleh jumpa x kurang dari sepuluh band yg ade riff sama. Tambah2 style mse kini yg gemarkan breakdown crabcore dan riff2 metalcore. Stgh2 band baru je aku dgr sbg koleksi tambahan. Namun terpulang pada anda semua yg diluar sana. Review ni sekadar pendapat aku yg BUKAN PROFESSIONAL. Korang2 boleh cari lebih sumber2 yg lebih tepat dan padat. Anyway, thanks for reading!

Aug 4, 2010

Tendangan Tendangan

Bekerja keras. Hujung bulan gaji. Sudah semestinya aku inginkan sesuatu sebagai balasan utk diri sendiri yg penat bekerja. Hasil titik peluh kita, kita gunakan utk memanjakan diri. Bg golongan2 seperti aku ni, siapa lagi yg sudi memanjakan selain diri sendri. Setiap bulan pastinye aku ada target utk diri sendiri. Pada mulanya ingin menyambar sebijik henpon masa kini. Namun niat itu terpaksa ditangguh. Dan sebagai pengganti, nasib baik lah gadisku telah menghadiahkan sebijik henpon sempena ulang tahun ikatan kami yg pertama. Oleh itu, boleh la di postpon prosses membeli henpon masa kini idaman aku dilain masa. Bagi mengisi kekosongan tersebut, aku telah menyambar seketul kasut. Kasut merupakan obsesi aku. Banyak survey telah dibuat, setelah diteliti dari segi bajet dan segala aspek rohani dan jasmani, aku pon menyambar seketul kasut yg sebenarnye sudah lama dalam pemerhatian. Walaubagaimanapun nafsu aku belom berakhir..aku akan terus memburu kasut2 sebagai koleksi peribadi aku. Aku pon mahu jadi seperti wanita contohnya seperti gadisku yg gila handbag. Kasut yang baru ku beli ini membuatkan aku tersenyum melihat kasut2 ku yg terdahulu. Mari kita flashback..hehe..

Vans


This one da lama. Walaupon Vans, tp beli kt Sungei Wang. so paham2 je lah. Haha. Aku da x pakai sgt kasut ni coz bile aku pakai, kaki aku senang melecet. Dalam dia keras sangat..maybe sbb x ori. Anyway aku suka design dia. Klasik.

Converse All Star
Haa..yang ni kasut wajib aku. Sbb apa wajib? Sbb aku akan pakai smpi kasut ni da xleh pakai. Bile da xleh pakai, aku akan beli kasut ni lagi. Sbb ni kasut yg bleh digayakan dgn mudah dari dulu smpi skrg. Eventho kasut ni da barai, koyak sana koyak sni..still nampak kool bile pakai. eheh. Yang ni my gf yg belikan. Yg aku beli utk dri sndri dari dlu smpi skrg aku da x ingat bape pasang dah. hehe.


Adidas Staind Smith

Ni special sket. Aku x beli pon. Kasut ni aku dapat sebagai balasan aku membantu seorang rakan. Gf kawan aku mse skolah, Ibnu, mintak aku jadi model kasut for her final project/assignment cmtu lah. Projek dia buat design kasut. Dan aku lah model utk menggayakan kasut tersebut. Tu pasal ada nickname aku kt kasut tu. Aku penah pakai kasut ni time perform walaupon kasut ni urban. haha.

Adidas Torsion

Yang ni plak aku dapat melalui org dalam Adidas hoho. Kasut ni sbnrnye kasut sample je. Macam prototype la sblum kuar kt pasaran. Aku dapat beli dengan harga yg amat murah. Memang berbaloi la. Hoho. Kasut ni futuristik gayanya. Kalo aku pakai balik kampung mmg orang kampung aku x bape paham dan menganggap aku mengalami kejutan kultur. Tp, bkn mamat2 rock dlu2 suka pakai kasut style gini ke? Ape yg pelik nye ek? Blom aku pakai kasut2 berkilat shuffle tu lagi. ahah.

Reebok Smoove

Kasut ni aku suka gile design dia. Walaupon x bape nak rare sbb ramai gak pakai, aku tetap suka. Reebok lak tu. ehhe. Dan nasib aku skali lagi baik sbb dapat beli kasut ni tgh sale. ade diskaun 20% x silap aku. Memang angkut terus. Puas ati!

Vans Half-Cab

Pasal vans ni aku da cite da. Pada yg follow blog aku, maybe ade terbaca entry psl kasut ni. Merupakan kasut substitued Globe Superfly Snake yang aku terpaksa lepas kan ketika itu. Oleh itu, kene bijak berfikir ketika membeli belah. ewah!

Globe Destroyer

The latest one! yeah. Kasut ni da lame da ade d pasaran. Boleh kate seiring gak la time aku target Superfly Snake tu. Bile aku da cukup sen nk beli Superfly Snake tu, boleh pla ABIS!!! terus xde mood nk cari pengganti. Selang beberapa bulan. Tgk2 yg ni ade sale. Sambar je lah alang2 nk raya ni kn. Murah lak tu..daripada abis mcm tu je, daripada aku kempunan nak sarung kasut bru blasah je!


Aku asyk petik nama Superfly Snake tu je...last-last x dapat pon. Xpe2..Next target, Reebok Pump. Harga mmg mahal nak mampus. Tengok la cmne nnt. aku berani ke x berani. haha.