About

Pages

Jun 17, 2010

I Used To Be A Punk Rocker.


Lately ni..aku mcm da jarang dgr band keras. Aku pon xtau kenapa. Aku duk tercari2 stuff2 lama yg aku dgr dlu2. Zaman2 aku mem"punk-rawk" kn diri. Haha. Zaman tersebut bermula sekitar tahun 1999 atau 2000 lebih kurang la. Zaman2 aku bru nk mengenal apebenda nye "gig", "zine", "patches" dan "ideology itu, ini", haha.

Zaman2 ni byk dgr punk rock..dan main sk8. Walaupon deck aku patah x sampai setahun. Dan aku x terer2. sbb segan nk practice kt sk8park. Lpas deck aku patah (yg hanya d beli dgn harga RM30 d jusco ipoh + truck besi) aku trus quit men sk8 sbb xde duet nk beli lg. biasa lah. bdk skolah..plus aku x kaya.




 
 

  • NOFX 
  • Fugazi
  • Minor Threat
  • New Found Glory
  • Sum 41
  • Blink 182
  • Rancid
  • No Use For A Name
  • Lagwagon
  • Melancholin
  • The Ataris
  • Frenzal Rhomb
  • Propagandhi
  • Madcaddies
  • Consumed
  • Dropkick Murphey's
  • Gobber Patrol
  • Guttermouth
  • The Vandals
  • Anti-Flag
  • White-Flag
  • Black Flag
  • Swingin' Utters
  • Less Than Jake
  • MxPx
  • Descendant
  • Strung Out
  • Tilt
  • Lit
  • Me First and The Gimmie-Gimmies

Atas ni beberapa band yg aku dgr time tu. Saje try list tgk bape banyak yg aku ingat. haha! Kebanyakkan dr kompilasi Punk-O-Rama dan Fat Wreck punye compilation. Nama2 yg kenal tu for sure la dgr kan. haha. Time ni aku beli kaset je. kt Yik Foong Ipoh yg lebih kurang sama ngan Campbell or Pertama kt KL. Aku xde cd player. biase la org miskin. Then aku kekurangan sumber nk mencari stuff2 rare.

Dari band2 ni, tergerak lah hati nk buat band sendiri. Bermula dengan jammin' saje2, sampai la mencipta lagu2 sendiri. haha. Band tersebut x lain x bukan band kawan rapat di zaman skolah menengah aku. Dari nama Muchflowers, Woodchuck, the Vendore (aku xtau apa maksudnye), Magic January Fire Six dan akhirnya tggl Magic January je. Dari punk rock, pop punk, emo sampai la ke post-hardcore. Posuer kn? Well, i say i call that a process of learning.

Zaman2 baru nk mengenal ni mmg mengarut abis la. Aku xtau ape yg aku cari. Aku gali2 benda2 ni aku jumpa mcm2 fahaman dan juga mcm2 pendapat dr pelbagai perspektif mengenai dunia. Semua nye disampaikan dlm satu aliran. MUZIK.
Honestly, mase aku zaman2 ni lah aku byk buat aku berfikir tentang ape yg berlaku d sekeliling, dan tentang hidup. yg mana pd aku positive, boleh d jadikan panduan dan selagi benda2 tu rasional dan x melampaui batas.

Aku punya pendapat sendiri utk setiap perkara yg berlaku d sekeliling aku. Begitu juga anda2 d luar sana. Namun pada aku, setiap perkara ada limitasi nya. Bkn semua perkara kite bleh lepas ckp tanpa mengira sensitiviti masyarakat disekeliling. Aku bkn la seorang yg religious walaupon pada dasarnya parent ku seorang yg warak. Aku je yg memilih jalan begini walaupon aku ada pilihan. Tp aku masih sedar dr mana asalnye aku. Aku masih sedar akan agama aku, aku masih sedar akan bangsaku. Cuma kesedaran tu masih tidak cukup utk meletakkan aku sebagai seseorang yg boleh mengadili sesiapa. Dan mungkin juga aku xkn sampai ke tahap itu...

Terlalu banyak yg bermain di kepala ini namun x tertype dek jari jemari..mungkin akan ku sambung lg bebelan aku yg x seberapa ni..

to be continued..

3 comments:

kc nur qasedah said...

weh nk jd punk,salu kene lepak ipoh parade,jusco,then pegi yik foong cr stuff baru, HAHA. memori yg sukar nak padam lam ingatan aku. hehe

ANXP said...

ipoh parade fail la wehhhh. byk rempit! haha.

kc nur qasedah said...

tu skg. aku kata zaman dulu2. haha rempit rules kot kat ipoh skg neh!