About

Pages

Jan 18, 2010

Long way to go...

Hello guys..kali ni aku n story plak kesinambungan cerita aku dr post "Aku Dan Musik". Seperti yg aku cite dlm post tu..aku bermula dengan band Magic January. Band yg bleh dikatekan tempoh aku mengenal selok belok scene underground negara kite ketika itu. Masih dlm status "student", menyebabkan band ni sukar utk meneruskan perjuangan disebabkan kesempitan wang dan masa yg membataskan. Tapi aku tetap menghargai semangat bandmates aku ketika ni..walaupon band ni xde la sedap mane pon lagu2 nye, kalo dgr balik pon mesti gelak gile babi la..haha. Kalo xde Magic January, aku x rase aku akan ade d tempat yg aku berada skrg ni. After the death of Magic January, another chapter of my life with music begin..


Prognosis: Death!

January 2007, officially nye da xde band mase tu. Just main band ngan kwn2 kolej je. Sedikit sbnyk psl band ni ade aku sebut dlm post aku yg terdahulu. Setelah beberapa bulan xde band, aku rindu nk main gig lagi. Lalu wujud lah Prognosis: Death! Bermula secara rasmi pada bln July 2007. Dengan line-up yg masih kekal sehingga sekarang. Banyak jugak yg telah dilalui kitorang bersama2..di awal penubuhan band masih tercari2 genre apakah yg sesuai dan dipersetujui semua bandmates. Masing2 mempunyai pengaruh muzik yg tersendiri memandangkan masing2 sblum ni ada band. So genre2 yg kitorang dengar da sedia ada dlm pale otak..dalam mencari2 tu, drummer ktorg plak menghadapi masalah sakit buah pinggang..yg kelihatan agak serius memandangkan dia yg asalnya gempal telah menjadi kurus disebabkan dos ubat ubatan. Namun kecekalan Hadi utk terus bermain dalam band amat nyata. Nampak usahanya untuk kekal sbg bandmates Prognosis: Death!. Setelah itu, kami telah berjaya mencari kelainan dengan mengketengahkan genre Southern Rock yg di-mixed kan dengan aura Metal dan Post-Hardcore. Idea tercetus ketika mendengar band Maylene and the Sons of Disaster yg telah di rekemen kan oleh Rizan (ex-Have A Nice Death). Sebelum itu Prognosis: Death! ade merekodkan beberapa track yg x berapa Southern kalo nk dibandingkan dgn lagu2 baru yg telah dihasilkan selepas "menyouthernkan" diri ktorang ni. haha. Track2 tersebut x dpt rilis disebabkan banyak sgt masalah technical. Dan kami hampir hilang semangat. Tetapi, setelah memotivasikan diri masing2 ketika itu, kami berjaya bangkit..dan terus menghasilkan idea2 menarik utk diterapkan dlm penghasilan lagu2 baru yg ber"genre"kan Southern Metal/Post Hardcore. Ber"influence"kan band2 seperti Maylene And The Sons Of Disaster, He Is Legend, Once Nothing, Everytime I Die, A Girl A Gun A Ghost, The Bled, The Chariot dan Norma Jean, kami sgt jelas dengan konsep yg ingin diketengahkan. Ketika aku menaip post kali ini, rilisan EP Prognosis: Death! masih lagi dlm proses mixing, dan kemungkinan akan siap sepenuhnya di pertengahan February. Thanx pada semua yg support band ni!





Couples of shots during the show

For more info:
http://www.myspace.com/prognosisdeath
http://twitter.com/prognosisdeath
Prognosis: Death!




Dick Tracy

Band aku paling latest. 1st of all, aku nk ucapkan thanx sgt2 pada Rizan selaku kepala yg mencetuskan band ni yg telah memberi kepercayaan pada aku utk menyandang posisi vokal. Band ni telah diilhamkan oleh Rizan dimana beliau merupakan former line up dr band Have A Nice Death iaitu juga band yg telah ditubuhkan oleh nya. Rizan telah menarik diri dari Have A Nice Death dan bersama Zam (ex-bassist HAND) beliau telah merancang menubuhkan sebuah band baru. Idea2 dan arrangement lagu2 telah disiapkan oleh Rizan sendiri. Perancangan telah dibuat seawal 2008 lg. Dalam tempoh itu, line-up telah dikenalpasti iaitu, Rizan dan Daryll di posisi gitar, Zam bermain bass, Reza dr Asthalin menyandang posisi drums. Aku da biase main gig/se-band dengan Daryll dan Reza, tp blom pernah bekerjasama dengan Zam dan Rizan. Tempoh 2008-2009 digunakan sebaiknya oleh kami utk menyiapkan diri supaya band ini berjaya. Masing2 mengharapkan sesuatu drpd band ni. Nama Dick Tracy yg telah dicadangkan oleh Daryll kekal sbg perantara muzik kami dengan peminat2 genre Hardcore umumnya. (apehal skema jek ayat aku dari tadi nih?) Menerapkan element2 kuat dr band2 oversea seperti Underoath (Old), Emmure, For The Fallen Dreams, Misery Signals dan Bury Your Dead, tahun 2009 bermulanya Dick Tracy mempersembahkan muzik kami kepada umum. Selang beberapa gig je kami da dapat jemputan opening band utk tour Misery Signal di Singapore. Excited gile! Dan disinilah bermulanya kata2 hasat dengki dan caci maki telah dilempar terhadap kami. Mungkin ramai yg x senang dengan rezeki Dick Tracy. Walaupon sebuah band baru, namun kami dapat bermain gig yg besar2..dan spekulasi seperti "kroni" atau "jilat bontot organizer" pon kuar. Aku mmg x amek port la pasal benda2 ni. Alhamdulillah kami masih di-invite bermain gig sekitar KL, JB, Melaka, Perak dan Penang. Dalam pada itu posisi Reza telah digantikan dengan Jodeyn/Jay kerana Reza x terkejar dgn show Dick Tracy memandangkan schedule Asthalin jugak packed dgn show. Begitu juga dengan posisi Daryll telah digantikan oleh Rolan dari Vendetta selaku sessionist sementara kerana Daryll telah pulang ke kampung halamanya di Sabah buat sementara waktu atas urusan keluarga konon nya. Haha. Dick Tracy masih lagi dlm proses nk menyiapkan EP..proses recording berjalan agak lembab berikutan kesibukkan masing2. Namun insyaallah akan disiapkan secepat mungkin. Thanx to those yg support Dick Tracy!




Couples of shots from the show

For more info:
http://www.myspace.com/dickfuckintracy

Prognosis: Death! dan Dick Tracy adalah dua band yg byk bezanya pada aku. Prognosis: Death! pada dasarnye ditubuhkan atas nama band projek. Merupakan hasil usaha aku setelah Magic January RIP. Apa2 yg berkaitan dengan Prognosis: Death! memang dikepalai oleh aku dan Tom (Asthalin). Dick Tracy plak dikepalai oleh Rizan dan Daryll yg menyebabkan pengaruh Dick Tracy lebih besar berbanding Prognosis: Death! Dari segi penghasilan lirik dan gaya, Prognosis: Death! mencerminkan side aku yg kental, berani dan penuh keyakinan. Seolah olah nak menyampaikan mesej kepada semua yg mendengar lagu2 Prognosis: Death! supaya jgn risau, hadapi masa depan dengan berani, dan jangan biarkan sesiapa menghalang anda! haha. Kirenye cm semangat yg berkobar2 la. Untuk Dick Tracy plak, Rizan melamar aku ketika zaman2 kegelapan aku. Zaman2 aku tiada harapan, dan segalanya aku luahkan dalam penulisan lirik untuk Dick Tracy. Honestly, lirik2 Dick Tracy lebih kepada sesuatu yg serius. Menceritakan bagaimana aku bertarung dengan perasaan, melawan keinginan, erti kehidupan dan cuba bangkit mencari diri sendiri.

Aku suka jalan yg aku pilih; MUZIK. Biarpun ade turun naik nya, aku seronok. Aku banyak kenal kawan, x kurang juga lawan. Mungkin aku xkn berhenti setakat Dick Tracy sahaja..Hehe. Tp, aku sentiasa kene beringat..kerana, dalam setiap fasa hidup aku pasti ade perubahan. Mungkin akan datang aku tidak lagi terkinja2 atas stage..mungkin aku lebih fokus kepada kerjaya atau keluarga sendiri..atau mungkin jugak muzik akhirnya menjadi kerjaya aku sepanjang hayat..aku xtau. Tapi aku akan pastikan sebaik mungkin yg aku akan membuat keputusan yg betul sepanjang perjalanan aku ini. Insyaallah.





No comments: