About

Pages

Jan 9, 2010

Bands/Album Review (Pt. II)

Hari ni aku keje..xde pe nk wat, aku siapkan post aku ni. So, teruskan membaca. :)

Coheed And Cambria
Band ape ni..? haha. mereka mengklasifikasikan muzik mereka as Alternative Metal.
1st time aku dgr band ni aku tergelak gile dgr vox dia. hahah! suara halus! sekali tgk org nye rambut mengerbang! Claudio Sanchez merupakan frontman band ni adalah seorang yg amat kreatif. Album2 C&C ni semuanya macam cerita epik. bersambung2. kalo ko suh aku sebut tajuk album dia mmg aku x ingt la. sbb mcm pelik2. mcm cite2 style Lord of The rings tu. haha. Tapi x dinafikan aku mmg suka lagu2 diorg. bervariasi. ade yg catchy, ade yg bunyik goreng metal abis! Setiap bandmates band ni mempunyai band lain gak. Diorang ni mmg pemuzik abis la. Claudio Sanchez gak ade buat kolaborasi dgn beberapa penerbit/pelukis komik yg menghasilkan komik sci/fic yg bertajuk the Amory Wars. kalo tgk karakter dlm komik tu mmg mcm Sanchez la..haha! bleh search band ni utk lebih info k!

Funeral For A Friend
Emo. Ni betol punye emo ni..band ni sedap..catchy jugak. bleh makan. haha. Lagu2 patah hati dengan teman wanita, ahli keluaraga, putus harapan beserta sedikit nasihat membina telah diserapkan dalam lirik2 puitis dari band ni. dari mase ke semase, band ni pon da berubah sedikit demi sedikit konsep diorg. awl2 dlu byk screaming, baru2 ni da kurang. Album favourite aku wat mase ni, Casually Dressed and Deep In Conversatian dan Hours. Mmg nice kalo dgr riffing melodic mereka. sungguh emosi walaupun hanya dgr bunyik gitar. hehe.

Finch - What It Is To Burn

Ni pon bleh dikategorikan as otai emo gak ni. tp emo new generation la. ade inluence post h/c. satu album je aku suke. What It Is To Burn. Lain2 release diorg aku x berape berkenan. aku xtau apsl. maybe terlalu progressive dan aku x reti nak layan kot. Dlm album ni, track favourite aku rase ramai org dgr semestinye Letters To You. Bdk2 emo dlu2 kalo x jamm lagu ni mmg tipu lah! haha. (bkn emo BB k). Lain2 track yg aku ske mcm Three Simple Words, Ender, Project Mayhem. Layan beb.

Estrela
Aku suke band ni..malang nye da rip. tp name estrela ni masih wujud. kire macam bdk2 band ni renew balik band ni la. asalnye mmg konsep screamo. Vox, Bobby Lopez x silap aku da meninggal..x sure plak sbb ape..korang bleh search band ni utk info yg lebih. Satu2 nye rilisan diorg bersama Bobby ialah Collapse Into The Abstract. Selepas Bobby meninggal mereka masih mengekalkan nama Estrela dan tmpt Bobby digantikan dengan vox pompuan aku xtau nama dia apa. tp da xde scream2 la. Estrela yg baru berkonsepkan progressive rock/emo. Bleh search kt myspace band ni and dgr perbezaan estrela lame and estrela baru.

Kenotia - You Dug Your Grave, Now Lie In It
Band ni macam Paramore lama. Paramore skrg da femes so kalo korang mmg follower Paramore mesti perasaan muzik diorg yg da evolve. Tp, pada yg rindu pada Paramore lama, try dgr Kenotia. Bagi aku best! Ni satu2 nya rilisan diorg yg aku tau la. Try dgr Decorating for Cinco De Mayo. Terbaik!



Thursday
Khamis..sebuah band emo/post-hc yg serius. Lirik2 yg banyak menceritakan hal2 semasa, penindasan, kekejaman, peperangan dan pelbagai sudut pandang mengenai kasih sayang dan cinta. Semua nya diluahkan dgn penuh emosi melalui petikan gitar, paluan drum dan pekikan suara yg pilu. Thursday boleh dikatakan sebagai perantara suara derita dunia kita. Aku salute gila band ni, pada pendapat aku, lagu terbaik diorg dan yg paling penuh makna ialah War All The Time. Tersentuh! Layan la band ni demi masa depan dunia. cewah!

The Used

Band ni mmg terbaik..lain dr yg lain bg aku. Berkonsep kn punk post-hc, jeritan suara Bert x pnh mengecewakan aku. Live pon terbaik. Aku suke la album2 dia..tp yg paling aku suka rilisan awal mereka yg memuatkan lagu2 seperti Maybe Memmories, Blue And Yellow, Box With Sharped Object dan Buried Myself Alive. Rilisan mereka yg selepas2 itu nampak sedikit light/ringan. Mungkin permintaan syarikat rakam kot. xtau la. Pada aku diorg still berbakat.

The Cure
Otai emo-goth. Robert Smith merupakan frontman yg amat berpengaruh. Berpenampilan pelik..pakai lipstik merah lg tu. haha. x kesah la..tp lagu2 dia mmg best..byk band2 besar contohnye mcm Blink 182, Alkaline Trio, Taking Back Sunday (etc) menjadikan The Cure sbg influence mereka. Perdengarkan Maybe Someday atau There Is No If dari album Bloodflowers..dan Love Song atau Just Like Heaven dari album Galore, pastinye menggamit suasana yg rare. cewah lg!

Keepsake
Satu lagu band lama yg berkonsep kn emo. Menggabung kan unsur pop-punk dan post-hardcore, disulami dengan feel emosi dlm setiap lirik dan penyampaian mereka. Band yg berbaloi utk didgr kalo korang jenis yg minat line2 emo lama2 ni. Bermula dgn album The Things That I Would Say, dgrkan track yg berjudul 3rd Wish. Paduan suara penuh emosi. Kesinambungan mereka diteruskan dengan She Hums Like A Radio, The End Of Sound dan yg terakhir, Black Dress In A B Movie. Band ni da rip, tp still korang bleh cari lgu2 diorg kt internet. Nice band to listen.


Bleed From Within
Band ni sebenarnye band baru. tp mmg mantap la. 1st time aku dgr aku rase sejibik mcm Bring Me The Horizon. Kennedy (vox), lak sebijik mcm Oli Sykes. aku ingt adik beradik. tp bkn rupanya. haha. Konsep diorang ni cm deathcore/metal..mirip dengan album BMTH - Count Your Blessing. Mmg byk org komen psl Kennedy yg mirip Oli Sykes. kesian..padahal xde kaitan pon. Walaubagaimanapon, band ni mmg cuba sedaya upaya tidak disamakan dgn BMTH..dimana yg aku nampak, band ni gayanya lebih metal dari BMTH..haha. Berbaloi utk dilayan..!


Post aku kali ni mostly banyak band yg aku dgr time sekolah2 dlu..mengevolusikan penerimaan telinga aku terhadap genre2 yg aku dgr hingga ke hari ini. Overall nye, aku mmg universal..aku bleh dgr mcm2 genre. Mcm yg aku mention sblum ni, org seni, minda kene kreatif..xbleh stuck. haha. Well, see u guys in the next post!







2 comments:

al rizan al rixon said...

tak sangka ko layan kenotia ek
aku suka gila kot band tu
emosi emosi tapi tak raw mcm paramore lama la
permainan dorang lagi bersih dan nampak commersial sket.

ANXP said...

btol2. tp harap2 diorg x jd cm paramore skrg le.