About

Pages

Dec 26, 2010

A Place Where You Called It "Our Local Scene"

Credit Gambar: Ayul

It's Sunday. So i dont have anything special to do today. I didnt feel like going anywhere. But maybe just "jalan-jalan petang" with my love ones je..tu pon kalo dia bangun. Sbb pagi kitorang jogging, dan rasa sungguh sihat. Tapi dia x sampai satu round da pancit. Apaarrraaa! Aku plak blk jog terus tido. Haha.

Well anyway, that's not what i want to talk about. As u guys read my previous post, regarding what i felt about our local scene, and couples of stories about Singapore, aku nak sambung sikit lagi pasal scene kita ni.

"Hek eleh, lu ni x abis2 nak condemn scene sendirik. Sedar la sikit lu punya band bleh main gig pon sbb bdk2 scene ni tau! Ptuih!!"

Em..that's true and i'm grateful for that. But my point is, aku nk story apa yg aku nmpk kt S'pore.
Singapore ni negara yg kecik je. So scene diorg pon xde lah sebesar scene kite.
Tapi, yg aku amaze sgt2, muzik dan pemuzik diorg. Aku xtau la layak ke tak tapi all i can say is they all almost like a pure musician. Tak kire la yg main genre keras ke atau tak. Nampak so talented.

Bukan la plak aku nak ckp bdk2 Malaysia ni xde talent. Apa yg aku nampak kt band2 Singapore ni, cara diorg jaga sound, cara permainan, sangat cermat. Dan lagu2 diorg semua sedap2. Arrangement lagu pon kemas, cantik dan tersusun. Boleh kata, scene diorg maybe lack of quantity, tapi kualiti muzik2 mereka lebih bagus kalo nak compare dengan Malaysia.

Jadi, ape kurang nye kt Malaysia ni?
Kreativiti. Tu je aku bleh ckp. Point2 sama mcm post aku pasal Local Scene sblom ni.
Aku xpayah nak pergi jauh sampai ke Sabah/Sarawak la. Around KL ni je aku nampak banyak band2 yg bagus, arrangement lagu cantik, lain dari yang lain, tapi apsal x diberi perhatian? Apsal organizer nak jugak panggil band2 tipikal? Setakat 2, 3 band yg lebih kurang main satu gig xpe la. Ni nak jugak letak band2 cmtu sampai 9-10. Sebagai contoh, 10 Metal band regular yg biasa aku tengok, aku bleh ckp 5 je yg btol2 ade talent. Live sound sedap, arrangement lagu cantik, lain daripada yang lain dan tak tipikal. Lagi 5, sorry to say but its all lack of good quality. Setting sound barai, lagu xde kreativiti. Tp 5 band yang barai ni la selalu ada gig. Sbb apa? aku pon xtau. Maybe organizer member diorg, maybe diorg kuat bodek, maybe bandmates diorg ade skandal dengan organizer, aku xtau. Serius aku xtau. Dan x paham kenapa organizer still ambik diorg utk perform almost every weekend mcm dah xnmpk band2 berpontensi yg lain. Ape salah kalo 5 band Metal yg x bagus ni di gantikan dengan band2 yg x Metal tapi talented dan bagus? Serius x faham. Lain la kalo ko memang nak buat gig METAL SAHAJA. But still, aku kurang gemar dengan satu genre utk satu gig. Sbb gig macam ni x mengembangkan scene. Bukan x bagus. Tapi x perlu kot terlalu kerap. Sekali sekala should be ok. Melainkan kalo scene kite dah stabil. Buat gig apa pon org tetap pergi, tu xpe.

Organizer. Sepatutnye memainkan peranan penting dlm memeriahkan scene kite ni. Organizer xbleh pentingkan diri sendiri. Organizer yg aku maksudkan disini ialah individu2 yg stand alone. Yg xde syarikat2 kapitalis besar diblakang beliau. Ni lain dengan mintak sponsor k. Jangan salah faham. Buat gig pon bukan bleh main buat je..bkn bleh select2 band gitu2 je, then campak je band2 tu kt satu venue time weekend. Xde strategi..xde step2 yg sepatutnye utk promote gig dan band2 yg main dengan lebih berkesan. Organizer2 cmni patut kene bantu band2 kat Malaysia ni. Baru la band2 tu bleh bantu Organizer tu balik. Well at this point aku bleh ckp it's all about MALAYS. Yeah, and why is that? Melayu mmg mudah lupa. That's why la benda2 yg aku ckp ni xbleh nk jadi kt Malaysia ni. Pemikiran dan mentaliti orang2 kite sendiri yg menyebabkan berlakunya situasi mcm ni. Bila dah besar, lupa org yg selalu tolong kite masa baru nak up dulu. Melayu beb, Melayu!

Sembang cintakan local scene, support local scene..tp in the end, it's all about money. Muzik tu luas. Dalam Malaysia ni bukan ade Metal sahaja. Bukan ada Hardcore sahaja. Bukan ade Punk sahaja. Bukan ade Alternative sahaja. Blend la semua genre2 dalam satu event. Baru lah org bleh nampak taste org lain. Baru la org bleh tau berapa besar scene kt Malaysia ni. Berapa banyak talented independent  musician kt Malaysia ni.

Coretan aku kali ni maybe banyak cacat cela nya. Tapi harap ade yg bleh tangkap ape yg aku nak sampaikan. Bukan nak condemn ape2 sangat, tapi as part of Malaysian Local Music scene, especially independent scene, i've my point of view. Aku just nak scene kita maju dengan sihat. Sihat tu penting supaya orang respect scene kite, orang x pandang serong scene kite. Kalo ade ape2 yg kurang, lontarkan di ruang komen. Mungkin ada point2 yg aku salah, dan boleh kite bertukar2 pendapat.

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"

Ewah berpantun pulak.

No comments: