About

Pages

Oct 3, 2010

Bands/Albums Review Pt V

Huarghhhh!
Orite..for this entry, patut nye title dia "My All Time Fav..blablabla.." tp aku da tukar pendekkan sket. Title yg berkaitan (Pt I, II, III, IV) pon semua title aku da tukar macam kt atas. 6 buah band berjaya aku kumpulkan kali ini dengan penuh susah payah memerangi masa. So enjoy reading.

Counterparts - Prophets
Band hardcore dari Ontario ini telah meliriskan Album sulung mereka berjudul Prophets. diorg ni bernanung dibawah bdk2 Silverstain.
Tour gig mereka di uruskan oleh Split the atom (Paul Koehler, drummer Silverstein) dan Verona recs bertanggungjwb dalam meriliskan album mereka ni. Sound album yg cukup mantap dan energetic. Kedengaran element hc/punk yg kuat namun riff2 melodic menjadikan lagu2 mereka lebih lengkap. Sentiasa dalam playlist aku kerana mmg terbaik!



The Ghost Inside
Sebelum ni dikenali sbg As A Dying Dream. Breakdown yg berat dan meletop. Bagi peminat2 Misery Signals dan For the Fallen Dreams, The Ghost Inside pastinya x akan mengecewakan anda. Di bawah nama The Ghost Inside mereka telah meriliskan 2 album, Fury and the Fallen Ones dan Returners.





Every Time I Die
Mengetengahkan element southern metal, diasaskan oleh Keith and jordan buckley, lagak bersahaja dan "kerek" mereka amat sesuai skali dengan lagu2 ciptaan mereka. Sebuah band lama dan ade 5 full lenght album dan 1 EP. Sound guitar yg kotor dan jambang merupakan element kuat utk menjadikan anda southern rocker yg rabakkk!





Arsonists Get All The Girls
Band deathcore dr Santa Cruz CA ini pada asalnya hanya ditubuhkan sekadar suka2 dan joke-pardoy pada band seperti Horse The Band. Namun mereka semakin mendapat sambutan dan mereka bercadang menjadi lebih serius. Rilisan mereka seperti Hits From The Bow dan Game of Life menerapkan element deathgrind dan riff pelik2 yg aku pon xtau nk describe camne. Kemudian, bassist mereka Pat Mason mati overdose alcohol. Setahun senyap, beberapa perubahan line-up dan vokalis baru, mereka kembali dengan Portals. Element Deathcore lebih berat dalam rilisan kali ini. Sebuah band yang berbakat!

A Girl A Gun A Ghost
Salah satu band Southern Hardcore fav aku. Setakat ini mereka mempunyai dua rilisan sahaja iaitu Save This City dan Through The Eye of Ahab. Seperti kebanyakkan band Southern Rock, mereka gemarkan sound kotor yg x berapa nak jelas, namun strok2 drum hc/punk agak kuat dalam lagu2 mereka. Sudah agak lama tidak kedengaran berita mereka. Namun di myspace ada beberapa track "demo" baru yg mereka upload. Sound agak berbeza, tp kita cuba nantikan rilisan terbaru mereka. Em!


The Chariot
Rabakkk!! Tak payah cite banyak..Frontman mereka Josh Scogin yg merupakan bekas vokalis utama Norma Jean formerly known as Luti-kriss adalah pencetus band ni. Susunan lagu2 yg jahat, rakus dan rabak merupakan trademark mereka yg mnjadikan mereka digilai. Memiliki 3 album dan 1 EP. Kedengaran album ke-empat akan menjengah pasaran dalam tahun ini. Haiwan buas The Chariot!!





Alrite..that's all for this time. Maybe aku akan pause utk posting band/album review ni lepas ni. Aku xtau bila lagi aku ada masa nk buat review2 ni. Kalo ade, ade la. Kalo xde tu, aku xleh nk buat apa. Aku kesuntukan masa. Hahaha..

Sape2 yg suka aku review2 ni, THANKS A LOT. Pada yg x suka..xpe lah. G la bace review orang lain. Aku x marah pon. Lagipon aku buat ni pon syiok sendiri. Tak pakai duet kau. Kehkehkeh! Ok bye!

No comments: