About

Pages

Feb 13, 2010

Hari Sabtu yang panas.

Bersama saya skali lagi dalam rancangan "berblog yg bukan2".
Hari ini, disebabkan ingin menunujukkan kebosanan saya, saya telah berjaya tidak berbuat apa2 di opis memandangkan tiada kerja yg perlu dibuat walaupon dalam jadual disuruh saya berkerja pada hari ini. Jadi saya telah berusaha membuat kerja yg tiada kaitan dengan karier saya sbg technician syarikat berukband tanpa wayar ni.

Ruang2 kosong hari ini dimulakan dengan on laptop dan terus membuka laman web facebook. di mana kelihatan sedikit sahaja yg on9. mungkin kerana ramai yg keluar menikmati hari cuti, atau btol2 bekerja kerana boss mereka mmg bg kerja utk disiapkan. Setelah bosan dengan facebook, sambil2 itu mengusha2 youtube manalah tahu kalo ada video2 band2 kegemaran saya yg blom saya tgk. setelah2 mngusha2 youtube..teringat pula hendak mendownload lgu..maka terdownload lah lagu2 band2 kegemaran dahulu kala dan koleksi2 album yg telah musnah bersama harddisk ku yg rosak satu ketika dahulu. Selepas mndownload beberapa discography band2 oversea, baru la saya teringat yg semalam kekasih hati meminta saya mendownload movie supaya boleh ditonton dia masa lapang. Cubaan mendownload movie2 terkini sedang dilakukan. xtau lah berjaya ke x memandang size file yg besar2. xpe2. kita boleh cube. Keadaan cuaca yg melampau cerah juga mengganggu sedikit kosentrasi, walaupon xde kerje yg memerlukan kosentrasi di sini. saje2 nk menaip ayat "kosentrasi" tersebut. Walaupon saya berada dlm opis namun masih terasa kepanasan..kerana hari ini org cuti..dlm department saya ini aircond telah ditutup utk mengurangkan penjanaan elektrik yg melampau. Maka saya berasa panas la jugak. mungkin kompeni ni xde duet sgt kot nk bayar elektrik. Dengan alunan lagu dr Fear Before ni saya melayan perasaan yg melayang2 walaupon xde la nk melayang ke mne sgt memandangkan saya ni berat jadi saya duduk je..xde layang2 atau main layang2 jika anda faham maksud saya.

Saya rasa saya mmg bosan. saya mcm nk balik tp balik pon bosan juga. ahahah.

aktiviti hari ini

 

 Muka aku..


 

Muka Laptop aku

HARI HARI YANG RARE

No comments: