About

Pages

Aug 8, 2010

Bands/Albums Review Pt. IV

Perghhh..dalam2 sibuk sempat gak buat review 6 bijik band. Info2 ni boleh la di share kita sesama kita yg minat muzik ni. Semoga berpuas ati la ye. Kalo ade yg kurang tu harap d maafkan. hehe.

Straylight Run
Kalo korang ingt lg gitaris/voc awal Taking Back Sunday, John Nolan, ini lah dia band yg ditubuhkan beliau setelah beliau keluar dari TBS. Lagu2 drpd band ni mmg sedap2 angin bertiup. Sebuah band yg bergenre ringan, alunan melody yg lebih aman berbanding TBS. Seronok layan time hening2 malam. Stuff2 diorg byk..maklum la band lama. Yg aku ade pon mcm album Straylight Run (S/T), The Needles the Space, EP lak Prepared to Be Wrong, Un Mas Dos dan About Time. Da tua2 ni syok plak ble dengar balik. haha.


The Word Alive
Band ni sbnrnye side project yg d asaskan oleh Craig Mabbit (Escape The Fate). Tp Craig da blah dan d gantikan oleh Tyler Smith. Tyler ni byk da men band. Antara band yg dia penah men Emarosa, In Fear and Faith (Voc) dan Greeley Estates (Bass/backing Voc). Ade satu EP yg berjudul Empire je yg aku jumpe. Tgk live video diorg kt Youtube mantop jugak la. bleh try dgr ok!




The Storm Picturesque
Boleh tahan band aussie ni. Scream terbaik jugaklah. Meriliskan dua EP berjudul The Storm Picturesque (2008) dan Hours (2010). Bile aku dengar lagu2 diorg ni mcm ade sikit2 BMTH pon ada. Hopefully diorg x rip dan terus mengembangkan karya mereka. Kalo siap album ni mcm terbaik je. Hopefully la.





Devil Sold His Soul
Band yg aku discover mse zaman2 awal d kolej. Mengetengahkan genre Post-Hc/Ambient yg bg aku agak rare jugak lah! Lain daripada yg lain. Rilisan2 mereka seperti Darkness Prevails (2005), A Fragile Hope (2007) dan paling latest Blessed & Cursed (2010). Album latest diorg ni pada aku mmg feel dia lebih sampai dilubuk hati la. Kalo atas moto tu aku dgr mp3 time balik kerja smbil ditemani matahari terbenam mmg tbe2 jd syahdu. Terbaik!



Killwhitneydead
Whoa..band ni jahat. Sebuah band deathcore namun cara pembawakkan muzik mereka ni lain drpd yg lain. kalo dgr msti ade yg x paham. haha. sbb nye band ni suka memasukkan petikan2 suara dari filem2 thriller dan horror terutamanya dalam lagu mereka. Dari riff2 berat "core" sampai lah riffing2 power metal dan classic rock, mmg menambah perisa dalam muzik mereka. Antara rilisan mereka yg ade dlm simpanan aku, Never Good Enough ('04), So Pretty So Plastic ('05), So Pretty So Plastic Remix ('06), Hell to Pay ('07), Nothing Less Nothing More ('07), Jingle Hell ('07) dan Stocking Stuffher ('08). Layan beb!

Sky Eats Airplane
Satu2 nye band yg menyelitkan unsur chiptune/nintendocore yg aku bleh terima. kalo nk suh aku dgr Horse The Band aku lg prefer Sky Eats Airplane. Lagi senang paham dan senang dgr. haha. Setakat yg aku tau, diorg da rilis 2 album, Everything Perfect in the Wrong Day dan Sky Eats Airplane (S/T). Seketul EP berjudul The Sound of Symmetry da rilis dalam awl tahun 2010 dan mungkin hujung tahun ni diorg akan rilis lg satu studio album. So kite tggu. Lagu2 dlm EP terbaru mereka ni boleh tahan. dah ada breakdown2 yg agak mantop jugak la. Hopefully studio album mereka x mngecewakan. yeah!


Secara jujurnye, x banyak band2 baru yg aku bleh review. Sbb banyak sgt. Dan kebanyakkan nye mmg ketara tipikal. Search je kt myspace, korang bleh jumpa x kurang dari sepuluh band yg ade riff sama. Tambah2 style mse kini yg gemarkan breakdown crabcore dan riff2 metalcore. Stgh2 band baru je aku dgr sbg koleksi tambahan. Namun terpulang pada anda semua yg diluar sana. Review ni sekadar pendapat aku yg BUKAN PROFESSIONAL. Korang2 boleh cari lebih sumber2 yg lebih tepat dan padat. Anyway, thanks for reading!

No comments: