About

Pages

Aug 19, 2010

The End Is Near, The End Is Here.

Sebelum tu aku nk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan2 ku yg beragama islam. X semapt nk wish awl2 Ramadhan aritu.
Neway..kebelakangan ni aku agak rajin jugak lah mem"browse" beberapa blog2 menarik. Blog2 org2 yg berfikiran luar kotak, blog2 amarah yg bijak, blog2 sindir menyindir dan blog2 yg menyentuh pelbagai aspek sensitiviti agama, bangsa mahupon masyarakat setempat. Bulan2 puasa ni la banyak plak cerita2 menarik (baik mahupon buruk). Kalo dalam sokabar tu, org buang bayi, bergaduh simbah2 acid, accident sana sini, bencana alam sana sini. Terdetik sejenak untuk aku mnginsafi diri.

So dlm bulan puasa ni, terkeluar la isu yg agak kecoh di sebuah laman sosial kegemaran ramai, Pesbuk. Pasal segelintir MELAYU yg mencela rukun Islam ketiga yakni puasa, serta umat yg menunaikan nya. Kenapa aku type MELAYU? Sbb pada aku MELAYU x semestinya ISLAM. ISLAM tu agama dan MELAYU tu bangsa. Sama la mcm org Arab. Ade yg Islam, ade yg Kafir. Cuma mindset kite di Malaysia ni da di setting kan yg kalo Melayu, wajib Islam. Aku nk bercakap pasal agama ni bukan lah pandai sangat. Aku cuma nk meluah kan pendapat atau buah fikiran aku terhadap apa yg berlaku d sekeliling. Pada aku, agama isu sensitif. Amat sensitif. Sbb ia berkait dengan kepercayaan seseorg. Kepercayaan yg datang dari hati. Tu sbb sensitif. Dan x sepatut nye kite boleh buat main2 bab agama. Maksud aku bkn boleh buat main2 ni ialah mcm ko xbleh nak main lepas je x pikir perasaan org lain. Dan ko xbleh jugak nk tunjuk pandai sangat kalo ko bukan "ahli" yg mutlak atau ko pon x berapa nak betol.
Kalau ikut hukum Islam, sesiapa yg asalnya seorang Mukmin, Islam tetapi telah Murtad, terkeluar daripada agama Islam, hukum nya wajib di pancung. Itu apa yg aku belajar. Sanggup ke aku g pancung org2 yg murtad? Kalo aku buat kt Malaysia ni, aku pon skali "gol". Dan aku rase aku x layak nk mnghukum sbb aku pon banyak dosa dan jauh menyimpang dr jalan-NYA.
Mengikut cara Islam, kalo kita x mampu nk melaksanakan hukuman tu secara fizikal, kita tegur, kalo xbleh tegur, kita berdoa dalam hati supaya diberi hidayah. Bukan nye pegi maki hamun macam org xde akhlak dan otak Apa2 ibadah kita buat, itu antara kita dengan Tuhan (Allah). DIA je yg mampu judge.

Sebenarnye, nilai moraliti, aspek mentaliti dan kesedaran hati dan diri manusia tu sendiri yg menyebabkan dunia ni kacau bilau. Aku percaya, dalam agama apa pon, xde yg mengajar penganutnya bermusuh2 dan mencaci maki sesama manusia. Sesama manusia tu maksudnye x kire la kau agama apa pon atau bangsa apa pon. Kita semua manusia. Xde agama yg menyuruh manusia berperang, bunuh membunuh sesama sendiri tak pasal2. Mentaliti manusia tu sendiri yg mnyebabkan perasaan dengki, benci tu muncul. Dan x lupa jugak nafsu yg sering menguasai hati dan otak manusia. Kalo kau tahu respek org, org akan respek kau. Tapi ramai sangat "orang" dalam dunia ni yg x bleh apply benda ni. Sebab semua nak tunjuk pandai, semua nak tunjuk alim.

Sekarang, dunia ni mmg da di akhir zaman. Aku bleh ckp aku almost x percaya semua benda yg berlaku dikalangan manusia dalam dunia ni dah.
Politik corrupt sana, corrupt sini. Freemason, Dajjal..mana lg berita yg bleh d percayai kalo semua da di exploitasi? The only thing that i believe right now is if u're Muslim, u've to get back to the Holy Al-Quran. Semua da termaktub dalam tu. Bukan baca je. Baca, faham betol2. kadang2 org baca, tp tafsiran tu da di exploitasi jd merepek2. Ya..benda ni pon nk di exploit dan di pesongkan.

Seperti yg aku mention. Aku bukan BAIK sangat. Aku bukan ALIM sangat. Aku banyak DOSA.
Tapi aku masih percayakan-Nya dan aku harap, aku dapat kembali ke jalan yg betol.

Ini hanyalah luahan atau pendapat aku. X perlu nk melenting, terasa, atau terusik. Berfikir pakai otak, Bukan kepala lutut.


6 comments:

Kc Kasedah said...

betul anep. aku tatau nak komen apa,sbb apa yg ko ckp,da ada dlm pale otak aku. kang aku komen,ada yg terasa,nk cakap bagus kat cni. well,masing-masing da bsar kan,ada otak,leh fikir mana baik buruk nya,aku pun berdoa moga aku dpt kembali ke pangkal jalan. aku suka apa yg ko tulis nie. aku nak tulis psl hal nie,tapi ko faham-faham la,ada je yg nak komplen mcm bagus dan nak ckp aku nie tak pandai agama. malas. haha. ok bai!

ANXP said...

hehe. aku tau kc.

Elfie said...
This comment has been removed by the author.
Elfie said...

anep.. kau ke nih? ke maliha yang type? alhamdulillah.. hahaha.. lagi satu aku nak share dan benda ni buat aku panas.. semalam aku dapat sms dari adik aku "aband, g tgk meoriszwan.blogspot.com.. video tu jahat.. die bakar al-quran.. tgk.."

ANXP said...

aku la. hahaa. jadah maliha plak u type. ok. nnt aku cikidaut.

ckindollah said...

betoi2.. skrg nie mcm2 hal..
aku positif aje.. terima + dlm atie doakan yg baik2 tuk dri sndri and yg lain2..
lantak lah dieorg nk telangkup ke ape ke..
InsyaAllah,nnti2 dieorg terbuke tuk berubah.. kite xtahukan..

ape2pon.. selamat berposer =)