About

Pages

Jul 17, 2010

UPDATE

Cuti..gua lepak2 je kat rumah. Sbb gua rindu rumah. 5 hari gua asyik keluar bekerja. Gua penat. Staff semakin kurang, kerja semakin berlambak. Gua telah diamanahkan berbagai-bagai tanggungjawab yg konon nya hanya bersifat sementara. Gua layan je selagi boleh layan..walaupon dalam lubuk hati ni gua semak, penat dan rasa nak melompat sampai ke bulan utk mencari ketenangan.

Gua lama x hapdet ini blog. Sekarang gua nk hapdet dengan meletakkan title "UPDATE" supaya nampak sentiasa dihapdet!
Berita-berita semasa yang boleh dikongsi disini xde lah yg menarik. Cuma kucing gua yg bernama Marco telah terkena serangan virus demam. Dan gua telah melabur atau menyedekahkan kepada doktor haiwan itu sebanyak RM 77 atas alasan doktor itu tidak cukup makan dan sebagai balasan, doktor haiwan itu memberikan penawar virus demam Marco ini.

Maka si Marco ini mengalami ketidakselesaan perut kerana asyik mencirit kan tahi tahi nya serta memuntahkan makan makanan yg telah di makan. Setelah beberapa hari, Marco kembali aktif. Namun proses utk menyuap ubat ubatan atau penawar virus demam itu amat lah sukar kerana Marco ini terlampau aktif bak ahli kungfu yang tidak faham erti ketenangan atau bawak-bawak lah bertenang.

Segala usaha menendang dan melompat telah diusahakan supaya beliau boleh mengelak dari menelan cecair penawar secara paksa. Kalau disuruh dengan tidak memaksa juga beliau tidak mahu minum. Melainkan itu terpaksa lah memaksa. Namun begitu disebabkan jadual gua dan gelpren gua yang ketat, maka begitu sukar lah kami ingin memberi penawar itu. Nasib baik lah si Marco ini sudah pulih dan kembali aktif melompat, mengiaw, menggila dan mengarut seperti sedia kala.


Dalam beg on the way ke rumah Bomoh


Setelah ditangkap oleh Nenek Kebayan untuk upacara pemujaan


Sample darah di ambil untuk dihirup bagi membangkitkan semangat Syaitan


Setelah berasmilisasi dengan Syaitan

GUA BOSAN. HAVE A NICE DAY!

5 comments:

CKINdollah said...

hahahahahaha...
cian kt die...

kc nur qasedah said...

marco demam yeh? ala cian nye ! haha kau tak jaga dia elok2 nie.

renyrino said...

ko reti ke idak bg kucing makan ubat? cara2 nya?

-DR.Rino

ANXP said...

ckin - dia da sehat dah. haha.

kc - dia yg x jaga diri dia elok2. terkena jangkitan luar sbb dia ade bertentang mata dgn kucing liar kt balkoni umh aku. haha.

reni - reti! :P

Unazully said...

alalalalalalalalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa