About

Pages

Sep 17, 2011

Boleh Tak?

Gua terpikir nak buat review pasal local band kt Malaysia ni.
Da lama da gua pikir.
Tapi gua x start2 lg. Gua nk kumpul material band2 yg gua rasa berbaloi pada diri gua utk gua review.
Yes, gua nk review band yg GUA NAK REVIEW.
hahahah.

Tapi..adakah ada yg akan melenting nanti?
Maklum la..kang gua silap petik ada yg x puas ati plak. Kehkehkeh!

Gua nak cakap sikit pasal scene skrg ni boleh?
Dulu kan..masa mula2 gua kenal apakah senggama nya scene underground ni, gua hanya kenal punk dan grunge.

Gile noob.

Gua pon explore2. Zaman2 gua masih dibangku sekolah. Sekitar awal millennium.
Yang gua tau, dan gua kenal dua perkataan ni. Underground & Mainstream.
Dua entiti yg x bleh bercampur aduk. Dari fahaman gua dulu la.

Bila sebuah band Underground, melangkah ke permukaan, melangkah ke dunia Mainstream, maka mereka biasanya akan di senggama..eh di fuck oleh golongan Underground. Sell-out kata mereka.
Namun tahun demi tahun, garis pemisah tu makin menipis. Masyarakat majmuk Underground kebanyakkan nye da berfikiran terbuka. Boleh menerima bila band2 asalnya Underground masuk ke arena Mainstream. Tu pon kalo band tu da cukup Otai la.

Dan akhirnya, apa yg gua nmpk la, garis pemisah itu pupus terus bila kugiran Hujan meletop.
Lagu2 pop, boyband, r&b tidak lagi menjadi pilihan anak muda.
Terma "indie" di label kan pada band2 alternative-rock ini. Di mana muzik nya lebih hip, dress-code yg bernafas baru. Zaman seluar baggy dan carrot-cut menutup tirai, zaman skinny warna warni, speck di dlm shopping complex, mafla di tengah panas menjengah jiwa remaja.

Komuniti-komuniti yg masih "true" Undergrounders pula cukup mengeji kumpulan ini. Ini juga termasuk penggunaan terma "indie" tersebut. Indie bukan la suatu spesifikasi khas utk genre. Indie di ambil dari perkataan Independent. Di mana semua band x kira la apekejadah genre skali pon jika mereka berdikari, bergerak sendiri, mereka adalah band Indie.

2011. Perkembangan muzik dalam minda masyarakat Malaysia kini sudah maju. Banyak genre yg sudah mula diterima kebanyakkan orang. Tidak terpacul lg bibit2 ideology Underground & Mainstream. Mungkin ada di sudut2 tertentu namun ianya hanya sayup2 sahaja. Remaja skrg dah x ambil port pasal benda tu.
Sedikit sebanyak gua sebenarnya rindu akan garis pemisah itu. Ahh..mungkin gua ni hanya seorang tua yg mengenang nasib sendiri x menjadi.

Apa yg gua lihat kini, dalam komuniti muzik keras sendiri yg dahulunya paling kuat memegang ideology independent sudah tidak seperti dulu. Seolah2 sudah wujud Mainstream 2.0. Tu gelaran yg gua suka2 bagi la. Haha.

Dan komuniti2 yg x tergolong dalam Mainstream 2.0 ni adalah komuniti yg gua label sbg Underdog. Bkn Underground ye, Underdog. Kehkehkeh!
Juga pihak2 yg pandai mengambil kesempatan, mengeksploitasi golongan2 Mainstream 2.0 ni di mana kebanyakkan, kebanyakkan ye bukan semua geng2 Mainstream 2.0 ni suka menjilat buntut sang exploitasior. Ceh main bedal je ayat gua. Manakala golongan bukan pilihan atau Underdog td, tambahan yg benar2 berkualiti, akan mengeluh kerana kurang tumpuan, selalu di sisihkan dan akhirnya terkubur begitu sahaja.

Yang penuh menjaja ke sana ke mari hanyalah hasil sampah yg suka mencapab dan menjilat.
Dan kebanyakkan nya sifat ini lahir dari seorang, MELAYU. hehe.

Gua sound direct la senang. Kalo band lu banyak orang minat sebab line-up lu macam Bawakan Aku Ufuk, tp perform live show macam pelir, baik lu behave, attitude lu kasi elok sikit. Lu jangan berlagak sangat sebab lu sebenarnye femes sbb appearance. Bkn sbb talent lu. Buang lu punya fans yg minat dgn rambut/baju trendy lu, lu = sampah je.

Gua sound lagi. Lu punya label, kalo nak tolong band, buat macam nak tolong band boleh x? Tolong band maksudnye semua band yg berkualiti dan layak. Bukan maksudnye band KAWAN-KAWAN lu. Lu jangan jadi kapitalis. Walaupon gua tahu lu mmg nak buat duit, at least biar la win-win situation. Maksudnya in between lu dgn scene. Bukan lu dengan KAWAN lu yg ada BAND. Kalo lu dgn kawan lu je baik lu duduk A pastu lu kawan dgn kawan2 dlm A pastu lu buat gig dalam kawasan A sahaja. Jangan pegi mana2. In the end, gua tau lu just nak duit, dan lu pon nk orang ckp, "Eh kau ni kool la! Ko makin kool dan hensem bile ko bg band aku main gig ko. Band aku femes kn..."

FUCK. Lu orang kalau tak paham apa gua cakap, lu orang jgn tanya. ok?
Gua saja nak ada entry kt blog ni je. Adios krempes.

5 comments:

A, is for Anomaly said...

oi come write for DtE, mau?

ANXP said...

hahah. aku x pandai menulis/menaip la dowh!

A, is for Anomaly said...

dude, u just wrote uwanted to review bands in the post!

ANXP said...

hahah. ala aku rasa nukilan aku x sedap ar..

A, is for Anomaly said...

pftt if u never try, u will never know.