About

Pages

Showing posts with label Marco. Show all posts
Showing posts with label Marco. Show all posts

Sep 30, 2012

Well, well, well.

Assalamualaikum.

Ceyyy. berapa lama dah gua tutup blog ni? Takde la lama sangat. Tak sampai setahun pon.
Walaupon blom genap setahun tapi macam-macam dah berlaku.
Mari kita flashback dan update sikit apa yang berlaku sepanjang blog ni tutup. LULZ.

1. Muzik.
Satu bermula, satu berehat. Ya gua cakap pasal band-band gua. Kalau disemak pada post-post yang lama, band gua DICKTRACY telah rip. Namun atas beberapa perkara dan kejadian yang malas gua nk story kat sini, band ni berjaya dihidupkan kembali dan diberi nafas baru. Ceyy. Dan untuk band gua; PROGNOSIS: DEATH!, nampaknya sudah sampai masa untuk berehat panjang. Buat masa ni tak ada perancangan apa pon untuk P:D! Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada nak buat macam mannnewww.


Line-up 2012 Dicktracy.

2. Haiwan
Gua ada kucings baru. "KUCINGS" maksudnya ada banyak dah sekarang ni! Wahaha. Maksudnya Marco, Mia dan Leooooo. So cerita diekor ialah;
      
            Marco.
               - dah besar.
               - dah taknak duduk rumah, bila lapar je balik nak makan.
               - kaki gaduh.
               - garang dengan semua orang yg dahulunya memanjakan dia.
               - sentiasa rasa insecure (grrr..grrr..grrr.. A LOT.)
               - menyetubuhi Mia dan Mia mengandung 2 kali sejak awal 2012 sehingga post ini.

             Mia
               - dah besar dan hot.
               - mengandung dua kali dan dua-dua dengan Marco.
               - kandungan pertama 4 ekor namun empat-empat k.o tak sampai sebulan
               - sayang Leo
               - kandungan kedua 3 ekor dan so far semua gemuk dan masih sihat sehingga hari ini
               - masih manja.

             Leo
               - remaja yang kelam kabut.
               - baik tetapi nakal.
               - paling senang mandi.
               - sayang Mia. (one day gua rasa dia ni akan menyutubuhi Mia)


Marco like a hobo sleeping at the corridor.


Kandungan pertama Mia, dan anak-anaknya yg hidup tak sampai sebulan.


Anak-anak kandungan kedua Mia yg survive hingga hari ini.


Leo showing his balls.

3. Perkahwinan.
Jyeah. Gua kawin. Simple and happy. Gua tak main-main bila gua kawin. Sbb, bila dikaji-kaji, gua ni dah jatuh syarat wajib kawin. Kawin akan jadi susah bila ikut adat Melayu. Tp dalam agama, mudah caranya. Ingat ye. Cara tu mudah, pelaksanaan tu je akan jadi berat bila tak boleh berfikir dengan matang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Gua selamat diijab kabul sekali lafaz di Masjid Wilayah pada 1 Jun 2012. Majlis makan malam dianjurkan dgn suasana amat sederhana. Maaflah pada yg tidak dijemput. Sbb gua buat kecil-kecil sahaja. Gua bukan bajet besar. Gua tak mahu membazir. Kalau gua ajak ramai-ramai tak padan dengan bajet, nnt lu orang sampai tak dapat makan tak dapat duduk, gua yg dosa. So chill ok?
Gua juga berterima kasih amat sangat pada keluarga sbb bg gua dan isteri handle sendiri perihal kahwin kami. Parents just topup sikit je kat mana-mana yg perlu. Dan terima kasih pada saudara mara dan kawan-kawan yg hadir.
Dan mungkin rezeki gua jugak, alhamdulillah wife gua kini 9 minggu pregnant. Gua power ok. LULZ.
Doakan kandungan ini selamat dan lahir menjadi insan yg berguna. Amin.


Yang baju kelabu, semua pengapit gua. Yey!


Sirap ok. SIRAP!


Wife gua dan kandungan 9 minggu nya.

Itu la sedikit sebanyak hapdet gua sepanjang peninggalan diblog ni.
Ada masa gua update lg. Tak ada masa gua tutup balik blog ni. Hua hua hua. Ciao.

Sep 19, 2011

Mia!

Hoi! This is Mia. My new kitteeehhhh.

Dah lama nak ada kitten baru lpas Marco membesar. Tapi duk tggu punya tggu, plan punya plan, x amik2 gak kitten bru. And this little girl just happen to be our new pet dgn x semena-mena atau tiba2.

Cerita nya dia ni sesat, masuk rumah rakan gua iaitu si Kamil dan Nieta. Malangnya Nieta allergic kucing. Kulit beliau senang kegatalan. Nak bela tp x sanggup plak nakk menahan allergic. Lalu si Kamil terus meroger gua. Gua plak was-was. Memdangkan Marco x sunat lg, dan gua pon xde pengalaman bela banyak kucing, so gua cm x berani nak ambil.

Tapi di sbb kn nampak kiut, gua dgn gf gua pon pegi la rumah si Kamil yg dkt je dgn rumah gua utk pick si kecil ni. Lalu gua terus gamble utk membela nye lalu menamakan nya Mia, seekor betina.

So tu je la buat masa ni. Pape gua update. Haha.

Marco yg masih dlm proses mengenalpasti Mia.

Jan 1, 2011

MARCO!

 MARCO 2011

1. Makin gemuk
2. Makanan dah upgrade. Dari Whiskas ke Blackwood.
3. Dia da bosan dengan Whiskas.
4. Makin kuat tido.
5. Kalau makanan dalam bekas habis, protes dengan menterbalikkan bekas.
5. Taik da besar-besar.
6. Suka tido kat celah kangkang aku yg berselimut.
7. Nampak kool, tapi sebenarnye penakut.
8. Dah hampir setahun hidup di Wangsa Maju.
9. Telur dia pon da besar.
10. Tido, tido dan tido.

Dec 8, 2010

Testing Number 2



Orite. This is my 2nd attempt composing entry using my phone. Haha. Thanks to Akhmil who help me to figure this out. I'm rarely updating my blog..because ketandusan idea and pretty busy gak la..workloads, gigs and I'm too tired to type! Haha. It has been a hectic months since October..and this week I've my band's last show for this year I guess..it will be held in Singapore. So me and my grrl take this opportunity of this gig trip as one of our vacation plan..and I do really hope everything be ok according to plan.

As my apology (sebab asyik bg alasan je x update blog..haha) tatapi la gambar marco yg membuatkan aku terasa girlish akibat kecomelan beliau masa aku baru balik kerja tadi. Haha.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jul 17, 2010

UPDATE

Cuti..gua lepak2 je kat rumah. Sbb gua rindu rumah. 5 hari gua asyik keluar bekerja. Gua penat. Staff semakin kurang, kerja semakin berlambak. Gua telah diamanahkan berbagai-bagai tanggungjawab yg konon nya hanya bersifat sementara. Gua layan je selagi boleh layan..walaupon dalam lubuk hati ni gua semak, penat dan rasa nak melompat sampai ke bulan utk mencari ketenangan.

Gua lama x hapdet ini blog. Sekarang gua nk hapdet dengan meletakkan title "UPDATE" supaya nampak sentiasa dihapdet!
Berita-berita semasa yang boleh dikongsi disini xde lah yg menarik. Cuma kucing gua yg bernama Marco telah terkena serangan virus demam. Dan gua telah melabur atau menyedekahkan kepada doktor haiwan itu sebanyak RM 77 atas alasan doktor itu tidak cukup makan dan sebagai balasan, doktor haiwan itu memberikan penawar virus demam Marco ini.

Maka si Marco ini mengalami ketidakselesaan perut kerana asyik mencirit kan tahi tahi nya serta memuntahkan makan makanan yg telah di makan. Setelah beberapa hari, Marco kembali aktif. Namun proses utk menyuap ubat ubatan atau penawar virus demam itu amat lah sukar kerana Marco ini terlampau aktif bak ahli kungfu yang tidak faham erti ketenangan atau bawak-bawak lah bertenang.

Segala usaha menendang dan melompat telah diusahakan supaya beliau boleh mengelak dari menelan cecair penawar secara paksa. Kalau disuruh dengan tidak memaksa juga beliau tidak mahu minum. Melainkan itu terpaksa lah memaksa. Namun begitu disebabkan jadual gua dan gelpren gua yang ketat, maka begitu sukar lah kami ingin memberi penawar itu. Nasib baik lah si Marco ini sudah pulih dan kembali aktif melompat, mengiaw, menggila dan mengarut seperti sedia kala.


Dalam beg on the way ke rumah Bomoh


Setelah ditangkap oleh Nenek Kebayan untuk upacara pemujaan


Sample darah di ambil untuk dihirup bagi membangkitkan semangat Syaitan


Setelah berasmilisasi dengan Syaitan

GUA BOSAN. HAVE A NICE DAY!

Jun 17, 2010

Ini Lah Dunia Ku.

Hari-hari aku begini. Aku x pasti apakah tujuan aku hidup. Aku suka tidur siang..dan tiada seurat benang pon pernah ade menyaluti tubuhku. Kadang2 mereka ada, kadang2 mereka tiada. Kadang2 sorang je ada. Lepas tu baru lg sorang ada. Sorang lagi x berapa nak biasa. Kadang2 ramai sangat! Bila cukup seminggu, baru mandi. Tapi x suka! sejuk. Aku selalu makan. Mereka jarang2 makan. Aku x suka busuk. Tapi aku berak teramat lah busuk. Aku suka gigit2 mereka. Aku nak bermain2. Mereka kata aku comel. Bila aku mengantuk, lagi comel. Mereka sayang aku.



Sincerely,

Marco Alexandro Micheal-Angelo

Apr 17, 2010

Selangkah ke Alam Cuti

Woah..bln ni gua cuti weekend jek. tp cm biase lah. bz mcm haram. dgn keje yg xde la byk sgt tp AMAT MELECEHKAN. da la aku xpndai guna excel. da mcm seketariat je keje aku skrg. padahal On Site Technician. Whatever lah. ari ni ade carrier fair kt Mid. aku rse ramai sgt org nih. xtau nk g ke x. kang g, hujan plak. kt area Wangsa Maju ni cm mendung2 je da ni.

Lepak2 umh, sapah pon xdak..kemas2 ape yg patut. penat. haih. cuti pon penat. emm..pe cite syiok bg aku mggu ni ek? Owh, Dick Tracy da abis rec. tinggal utk Rizan mixed je. besok ade gig kt kajang. smlm patutnye ade prektis tp x jadik plak. so arini mmg wajib la prektis. kucing aku ni syiok je layan tdo. terkangkang mcm xde pedoman sial.

xde pe sbnrnye aku nk post sgt under title ni. mcm bodo. saje nk tunjukkan blog aku ni still berjalan. wakakka.


Tatapan untuk hari ini.
(xtau tido pesyen apa. haha.)

Mar 11, 2010

Makhluk Ajaib Dan Zoo.

Latest news bout haiwan2 yg berada di rumah aku. Seperti sedia maklum di kebanyakkan penempatan manusia mmg ade SEMUT. tu standard ar...lg satu yg best dipersekitaran panorama indah area umh aku ni byk kucing liar yg mengaplikasi kn balkoni2 dan beranda2 sbg tempat pelupusan najis abah mereka. mmg awesome lah en..pnat aku mnyucikan semula area2 yg telah di mark oleh mereka2 itu. kemudian yg lagi awesome berkenaan dengan kehilang misteri kura2 aku. last time aku citer psl kura2 ni dari 3 ekor tggl 2. skrg da tggl 1!!!! gua xtau bai mana diekor pegi..sial lah..ajaib sungguh. mmg yg 2 ekor terlepas ni mmg hyper-aktif sket berbanding yg sekor ni. so tggl lah sekor je kura2 peliharaan aku. lalu aku namakan kura2 ni sbg Ozzy. PERLUKAH BG NAMA..? xpyh la..mngarut btol. bkn dia mnyahut pon ble aku panggil! ceh!


Selain cerita2 konon2 menarik di atas, aku telah mendapat seekor lg keluarga baru dlm famili ceria ini. iaitu seekor anak kucing. meoowww!! OU EM JEE..I'M SO GAYYYYY....no offense guys. haha. hajat nk beli kucing ni sbnrnye dr gelpren aku. sebok nk bela. aku xnk mulanya. kawan ktorg nk bg..pastu pung pang punag pang konon2 kawan aku ni bg hadiah ank kucing la as my besdey prezen..besdey nye da lme lepas. konon2 bru bg la. sbb dia nk bg kt gelpren aku..tp mslhnye gelpren aku da dpt hadiah dr dia..maka utk menjadikan aku serba salah menolak pemberian ank kucing itu, mereka telah mnjadikan anak kucing tu sbg b'day prezen aku lah pulak...haaa..amek je la en.. Sekali da dpt comel la pulak. mcm siallll.............


Introducing....MARCO!!! (aku xtau jantan ke betina, kemaluan gagal dikenal pasti.)


weh MARCO...aku da mcm gadis2 gedik je post cite pasal ko tau x..? suke ati aku la..ni tandanya aku ni syg binatang jugak..walaupon aku suka makan kefsi ngan mekdi. wkakaakakk!