About

Pages

May 6, 2011

AMAGGNES

May ini dengan rasminya saya, ketandusan koneksi jalur lebar yang pantas. Rakan serumah saya Fitri "Buyoq" Ghani telah pon berpindah keluar sebab beliau akan mendirikan masjid hujung May ini. Kongratulasi!

Maka tiadalah koneksi jalur lebar terpantas yg ada dirumah saya yakni "Encik Unifi". Encik Unifi telah di bawa pergi ke rumah baru Fitri "Buyoq" Ghani. Maka, saya cuba merejister akaun baru untuk rumah saya namun prosesnya adalah amat "cepat sekali mengalahkan kelajuan cahaya!"

Sementara menunggu proses yg amat "cepat sekali mengalahkan kelajuan cahaya!" itu, saya hanya menggunakan perkhidmatan modem kompeni yg saya gunakan sebaiknya. Namun, koneksi jalur lebar tanpa wayar di rumah saya adalah amat senggama sekali. Saya yang telah biasa dengan kelajuan super sebelum ini adalah tidak biasa dengan kelembapan tahap siput sedut mengandung mengesot ini. Tambahan pula rumah saya berada di luar kawasan jajahan syarikat penyeplai rangkaian jalur lebar tanpa wayar ini.

Oleh itu, saya telah menerima semua ini sebagai satu hikmah, dan juga memandang kesulitan yg ciput ini dari sudut pandangan yang positif. Dengan ketiadaan internet, saya jarang menghabiskan masa dengan membrausing brausing  laman sesawang tanpa faedah.

Saya mula berkebun, menanam sayur sayuran di balkoni rumah. Mengerjakan tanah kosong di bahagian belakang rumah. Membela ayam, itik, angsa, puyuh, platipus, lembu, donki, kuda padi untuk mengisi masa lapang. Di malam hari pula saya membuat kerja-kerja kebajikan seperti menjaga keselamatan ahli rukun tetangga. Membuat rondaan di kawasan sekitar utk mencegah jenayah terancang di kawasan setempat.


OK TIPU.

4 comments:

Nieta Shairi said...

mcm cibai! hahahaha

Kc Kasedah said...

ayat kau takde lagi mcm kims ke weyyy? HAHAHAHAHAHAHAHAH :D

ANXP said...

wakakakkaka!

Lynn La Loy リンダ said...

Karangan bergambar ada x? :P