About

Pages

Dec 15, 2010

Temasik: Day 1

Yellowww...
Orite gais, last week gua da mengambil cuti tahunan gua. Supaya gua boleh bersuka ria dihujung minggu. Gua ada show di Singapore, maka dengan kebijaksanaan gelpren gua, beliau mencadangkan supaya trip ke Singapore ni diselitkan dengan acara vacation skali. Oleh itu, semua perancangan telah dibuat oleh beliau. Gua ikut je..memandangkan gua sibuk dengan kerja dan gua mmg x mahir nak organize jadah2 ni haha.

Justeru itu, tanggal 9 December, pukul 10 malam, kami pon bertolak la dari rumah ke stesen bas Bukit Jalil untuk menaiki bas ke Singapore. Tepat jam 12:15am, bus Konsortium yg kami naiki terus memecut ke Singapore secara solo. Kami bajet2 perjalanan 6 jam. Tapi sangkaan kami meleset sebab bas tu laju kot..kul 5 da sampai destinasi terakhir di Singapore yakni Beach Road. Damn. Sampai awal gile..rabak mata beb!


Rabak beb.

 Amende yg dia suka ntah. Aku ngantuk nih..

Da cerah, perjalanan diteruskan!

Sebelum bergerak ke MRT terdekat, kami da beli tix balik M'sia siap2. So sekarang gerak ke MRT Lavender. Hanya 10 minit perjalanan saje. Sambil jalan, snap2 gambar lah. Hehe.





Ni Tourist Pass. Beli benda ni senang nak bergerak pakai Public Transport.


Sampai MRT ktorang pon menuju ke destinasi yg dirancang. Gua x ingt dah mana stesen ktorg g. Yang gua tau, kt MRT tu salin suar pendek, beli Tourist Pass then g cari tempat breakfast. Lapar gile beb. So kitorang berhenti dekat  MRT Bugis, dan berjalan kaki ke area Victoria St.



Semua tu dia punya. Wakaka.

Setelah berpeluh ketiak berjalan, sampai la ke Victoria St. Dekat je pon sbnrnye..jauh kalo korang malas. haha. Restoran yg dikatakan pemes kat sini ialah Restoran Zam Zam dan Restoran Victory. Sebelah2 je pon. Kami memilih Restoran Victory utk lepak breakfast. Order murtabak ayam dia..mak ai sedap wokk! Berlemak. Tapi!!! Gua bagitau awal2 la..sini makanan memang MAHAL! Dah x payah tanya aku bape harga nya. Tak mahu ku kenang lagi..huuuuuuuuuuu....! Lepas makan murtabak, minah ni g bedal nasik beryani daging lagi. Lantak ko lah. Hahaha!

The Hive - Backpackers Hostel

Dari Victoria St, kami naik blk MRT menuju ke tempat penginapan kami; The Hive. Tempat ni kami da booking awal2 dah. Jenuh gak si Maliha mencari2 tempat penginapan yg best. Ternyata beliau memang hebat sbb jumpa The Hive ni. Hehe. So kami pon berehat-rehat sekejap sebelum meneruskan aktivit disebelah petang.



Gua tengah bincang ngan org2 besar cara2 nak meningkatkan prestasi pekerja buruh asing..

Siap2 then terus naik MRT blk menuju ke Merlion Park. Ni nak g tgk Singa Duyung tu lah. Hahaha. Jalan kaki lagi..memang menyihatkan badan betol! Memang ramai orang kat sini walaupon hari tu hari Jumaat. Petang2 ramai orang ber-chill2 kat sini. Seronok..tapi panas. Bukan panas Matahari..tapi panas bahang..ugh..

 Gua curious bangunan apa sebenarnye tu..unik.




Camwhoring time la..apa lagikkk!!

Emergency. Tukar pakai seliper. Kaki lemahh!!

Tourist

Makcik dahaga ye makcik?

Datang berdua..pandai2 la amek gambar sendirik.

Serius gua rasa KOOL gile amek gambar cenggini.

Dah habis Camwhoring kt Singayung pancut tu, tetibe lapar. Mengikut rancangan perjalanan, ada tempat makan best kat situ. So kitorg pon mencari la mana tempat nak mentekedarah. Pusing punya pusing sampai nak mati, rupanya tempat makan tu bukak petang2. Dalam kul 5. Sejam lebih la jugak tunggu bukak. Outdoor foodcourt. Tapi best lah petang2 ada angin2 sepoi2 bahasa inggeris.

 Operasi mencari makanan

Itinerary yang dibuat oleh Maliha. Perjalanan teratur mengikut rancangan. Clever girl!

Perancangan perancangan aku xtau. Citenye aku lapa! Mee Rebus S'pore satu!

Char Kuey Tiaw S'pore

Makansutra Gluttons Bay nama tempatnya.

Selepas itu, kami pon pulang ke hostel. Sampai hostel pukul 6. Penat gila. Kami pon berehat dan tidor mati sampai la malam. Dalam pukul 11 macam tu. Kami kuar berjalan di area Arab St. Jalan kaki je dari hostel. Ade Mydin S'pore. Namanya Mustafa Supermarket. Mcm Mydin la sejibik. Tapi ni bukak 24jam. gile babi. Kul 1 pagi pon ramai orang lagi. Barang semua murah murah beb.


Pintu masuk ke hostel. High Security.

 Ni gambar poyo je.

Ni kitchen. Tempat breakfast pagi2. Roti, teh, semua d sediakan. Free.

 Pasaraya Mustaffa.


Penant. Balik tido. Sambung besoknye.

That's all for Day 1. Penat gile babi. Memang barai la jadi backpackers ni. ahaha. Tapi best. Next post aku sambung Day 2 k! Stay tuned! :)

Dec 8, 2010

How Big Is Our Music Scene?

 
Lama x mengarut pasal muzik. So waddup guys? Persoalan d atas. Ade sape2 bleh bgtau aku?
Aku rase scene muzik kt Malaysia ni agak besar sebenarnye. TAPI, nampak kecil d mata2 aku. Sbb ape? Sbb nye aku rasa scene muzik kt Malaysia ni berpuak-puak. Puak-puak ni dulu sebenarnya mmg satu masa dulu bersatu..tp pada masa kini aku rase da x mcm dulu. Geng kau buat hal kau, geng aku buat hal aku. Camtu la. Tu sebab scene jd kecik. Mana tak nye..sekelompok kat sana, sekelompok kt sini. Da bercerai berai.
Ini lah salah satu sebab kejadian gig yg kurang umatnya nak datang.

Benda2 ni x asing sangat lah sebenarnye. Memang lumrah alam manusia di bumi Malaysia ni, terutamanya Melayu. Sebab apa Melayu? Sebab Melayu je yg ramai aku nampak bergigging ni.

"Eh apehal ko nak salahkan Melayu plak??"

Gua bukan nak salahkan derr...tapi boleh kata la...majoritinya macam tu. Scene muzik Malaysia ni aku spesifik kan la pada rakan2 sealiran yakni budak2 main band. AJL, AIM tolak tepi la. Tu semua mmg buat duet. Tadehal sgt ngan aku. Yang budak2 main band core dan "indie-kunun-nya" ni beserta dengan para2 giggers yg kebanyakkannya remaja-remaja sekolah dan baru abis SPM, aku lihat ramai yang macam lalang.
Ni bukan nak menuduh ok. Ni sekadar observation aku je. Aku pon da kurang g gig memandangkan aku rasa aku da tua dan banyak lagi komitmen lain yg aku kena fokus.
So sebab ape aku cakap mcm lalang? Sebab TREND. Yes, i agreed that if some of u say that without trend we're nothing. Aku pon admit aku terjebak dalam budaya atau TREND masa kini ni. Tape wadehel weh kalo 800 org g gig semua trend sama? tak ke barai mata ko tgk? Ok aku tipu la 800 org. Tp RAMAI.

Trend pakaian aku terima lg. TREND lgu. Maybe term yg aku guna x kene. Tapi ape yg aku maksudkan ialah band2 yg main kt gig2. Kalo dah 10 band main satu gig, 8 band semua main sejenis. Muntah x? Muntah jugak la wehhh. Contoh ko main band. Band ko main Metalcore. Let say la dalam banyak2 influence ko terselit la band I Killed The Prom Queen. Korang pon buat lagu yang berbunyik mcm ni.


Drums : Counting....TAK TAK!!
Guitar 1, 2 & Bass: jeeeennngggggggggggggggggggg.

Guitar 2: JEJET!

Guitar 1: TET TET TET TET TET TETTETETETET

Guitar 2: JEJET!

Guitar 1: TET TET TET TET TET TETTETETETET

Korang paham x maksud aku? Mcm lagu IKTPQ - Say Goodbye punya riffing, lpas tu 8 band selepas band korang pon main riff yg lebih kurang. Tak bosan ke? Bukan aku nak mengutuk effort korang buat lagu. Bagus la boleh buat lagu. Tp kreativiti tu tolong la expand sket. Dan aku x paham kenapa semua crowd bleh layan stret band yg mcm tu 4-5 jam for 8 band tp bile band ke-9 main lain sket korang blah. Atau ade terselit tgh2 band yg main style lain sket korang da mcm xleh blah. Ape telinga korang boleh dengar Metalcore je ke?
Tu sebab aku ckp giggers skrg pon mcm lalang. xde variasi dah.

Dulu masa Hujan masih lagi bermain gig. Mase tengah letop. Ko campak la band2 "indie" kt mana2 gig. KOMPOM RAMAI. Kalo buat gig campur pon crowd still ramai utk setiap band. Band "indie" yg main ntahapahapa pon melaut crowdnye. Apsl sekarang dah xde? Apsl sekarang semua nak band yg spesyen je. Lpas tu tau plak mengeluh boring. Dah ko sendiri x support band2 yg cuba buat kelainan. Dah ko xnk bg peluang kt telinga ko tu dengar genre lain.

Lepas Hujan dah pecah tembok muzik underground (ade lagi ke "underground" ? aku rasa da lama pupus sbb da xbleh define se"undergound" manakah sesebuah band tu. haha!) mana pergi aura band2 "indie"? HARAM xde dah..yg tinggal pon da xde semangat da nak teruskan. Sbb abang Noh sayang diorg da g jauh tgglkan diorg. Budak2 gig pon da menyampah nak tgk band2 Hujan wannabe or "indie" ni main kt gig.

So budak2 yg dulunya terkinja-kinja dengan lagu2 Lonely Soldier Boy, Aku adek dan engkau abang pon berpaling arah ke muzik yang lebih keras. Mereka belajar muzik2 keras ni since gig2 campur. So semua pon start pangkah tangan, pakai shorts, kasut New Balance, ikat key d kepala dan mcm2 la yang menunjukkan kehadkuran mereka. Salah satu sifat LALANG yg ada dalam scene.

Tak salah ko nak layan hadkur skalipon kalo dulu ko seorang raingers. Tak perlu kot ko datang gig dengan muka hadkor habis piyor from belaaaaddd nak menunjukkan yg ko btol2 hadkur. Ok2, i get it. u tried to fit in. Lpas tu bile ade band or gig "indie" korang pangkah cepat2. Apa salah diorg kt ko sial?

Sometimes i wish there's no puak2 in crowd. Bila ko jadi crowd, harap2 semua boleh bersifat terbuka dan universal. Kat sini semua kene main peranan penting. Kalo korang sayangkan scene muzik kite yg besar tapi nampak kecil ni, sama2 lah bantu membantu beb. Kalo organizer tu buat gig campur, datang la ramai2, and bg peluang kat telinga korang dengar band2 yg ko tak pernah dengar. Contoh band yg main Metalcore. Band Metalcore ni salah satu cabang core. Ye aku tau korang suka dengar Metalcore sbb breakdown yg kononnya sungguh "meletop". Tapi kalo breakdown dari 0:00 sampai 5:00 semua breakdown jahanam jugak weh. Open la sket. Dengar la cabang hardcore lain..cuba la jadikan muzik ni satu ilmu. Bukan sekadar TREND yang nak menunjukkan korang UP TO DATE mengikut peredaran remaja MASA KINI. Sorang dengar De Debel Wes Prada, Brink Mee De Holaizon, 800 org lagi kt blakang pon dengar yang sama. Patut lah scene susah nak maju. Aku pon tau mostly organizer akan buat gig ikut bape ramai yg akan datang gig beliau. Maka beliau akan observe genre apa yg tengah naik. Kalo Metalcore, diorg akan bariskan band2 Metalcore. Kalo Punk, band Punk la yang banyak dlm list, and so-on.

Banyak sebenarnya faktor kenapa susah nak kumpul band2 yg berlainan jenis ni. Paling kuat tu la, sifat berpuak-puak. Sana xleh ngam ngan sini, sini xleh ngam ngan sana. Susah sangat ke nak enjoy muzik? Susah sangat ke nak respect orang? Tak paham betol aku ngan mentaliti cmni. Aku buat entri ni bukan apa..aku tgk keadaan ni x banyak berubah. Walaupon konon band2 independent skrg da byk yg masuk radio..tp besar ke impak nye? Bagi aku tak. Lagi cacamarba ade lah! Sbb pihak media yg expose band2 cmni sepatah tahi pon xtau apa yg diorg expose. Ape kejadah "indie-indie" aku lempang kang! Korang sendiri pon tau kan maksud aku??

Ok. Aku pon ade band. Aku bukan BUTTHURT sbb xde org nak pggl band aku main gig or xde org nk tgk band aku perform. Aku main band sbb aku suka. Sbb benda tu yg buat aku puas. Tp benda2 cmni buat aku malas nak g gig. Dan aku pon mmg ade komitmen lain. Menyebabkan gig2 mingguan tak menarik perhatian aku. Mana tak nya..mcm aku ckp kt atas. List band semua lebih kurang je sound dan lagu. Lagi ko nak pegi tiap2 minggu? Kalo gig Metal/hardcore umumnya mcm tu lah. Kalo gig2 rock, pop ke band2 nye teramat lah sampah. Sorry to say, wannabe Hujan masih ada yg x segan2 buat lagu ala2 Skandal mak kau dan Aku Sudah Arwah. Lagu kalo sedap xpe. Hujan lagu dia sedap. Aku admit la sedap walaupon attitude frontman dia fail kengkadang. Tapi at least telinga boleh terima. Ni ko nak main alternative-rock pastu suara nak buat jugak mcm Noh, style ngada2..pastu lebih2 lak tu da jadi mcm ayam nak megholoh (tidur) ko tau?
Serius la sikit buat band. Kalo main post-rock. Biar la berseni sket lagu ko. Jangan ko main taram je pastu ko claim tu seni post-rock. Kepala bana kau lah. Aku bukan la arif sangat dengan Post-Rock tp at least aku tau la sket2 mana2 sound yang betol2 amazing or just merepek.

Dari zaman aku posuer, sampai la aku da kurang minat nak dtg gig every week, mcm2 jenis muzik aku dengar. Aku suka Metal. Tapi aku dengar jugak stuff lain mcm Post-HC, Post-Punk, Alternatif, Emo ke ape jadah skali pon. Tapi nak cari variasi dalam Malaysia ni cukup susah! So pada yang di luar sana nak mencuba kelainan jgn berhenti. Teruskan! Dan tolonglah hasilkan muzik yg berkualiti. Biar terbukak sket mata2 "scene kids" nih.

Hopefully xde yg marah dengan entri aku kali ni. Aku tau setengah2 explanation aku maybe mengarut dan x masuk akal. Aku ingatkan sekali lagi yg ni apa yg ade dlm palahotak aku je. Pendapat aku je. Xyah nak terasa or butthurt lebih2. Kalo nak tegur cara aku, tegur dengan kepala hotak kurniaan Tuhan. Jangan main sembur mcm aku kacau telur apak kau. Hahahahah! Thanks and bye!

Testing Number 2



Orite. This is my 2nd attempt composing entry using my phone. Haha. Thanks to Akhmil who help me to figure this out. I'm rarely updating my blog..because ketandusan idea and pretty busy gak la..workloads, gigs and I'm too tired to type! Haha. It has been a hectic months since October..and this week I've my band's last show for this year I guess..it will be held in Singapore. So me and my grrl take this opportunity of this gig trip as one of our vacation plan..and I do really hope everything be ok according to plan.

As my apology (sebab asyik bg alasan je x update blog..haha) tatapi la gambar marco yg membuatkan aku terasa girlish akibat kecomelan beliau masa aku baru balik kerja tadi. Haha.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dec 7, 2010

Test Test

Halo Halo.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nov 26, 2010

DICKTRACY 2010


Dah release. Support our local scene guys. Thanks!

SHEEAAAHHH!!!


Alright, i bet everyone knows what the fuck is this silver+red (and sometimes blue) guy here. This is Ultraman! Sape-sape yg merupakan anak jati tegar yg lahir sekitar tahun 80an wajib kenal makhluk-makhluk ni. Aku xkan tipu. Memang aku minat gila dengan Ultraman. Kecik-kecik dulu memang ni la rancangan kartun wajib tengok selain Gaban, Suria Perkasa Hitam dan generasi-generasi Super Sentai (yg costume kaler-kaler pelangi tu.) haha.

Ok, poster kat atas ni merupakan movie yang ter-latest aku tengok. Aku admit gak yang aku ni bile da tua-tua gini xde la nk follow sangat Ultraman. Tambah-tambah generasi baru ni. Kalo zaman-zaman Ultrama Ace, Taro, Jack tu aku layan la. Sekarang memang x tengok.

Tapi!! Movie yang ni tergerak aku nak tengok. Setelah dipengaruhi oleh rakan aku si Jamal, aku pon memang dengan tangkas meminjam CD citer ni. Setelah abis menonton, memang aku berani komen, WAJIB TENGOK for those yg lahir tahun 80an, bangun2 pagi Sabtu, Ahad bukak tv semata2 nak tengok kartun, Ultraman.

Citer ni terbaik gila bagi aku sebab semua Ultraman ada. Dari Ultraman generasi sekarang yang tengah segak bergaya di kaca TV budak-budak sekarang sampai la mak bapak Ultraman, raja Ultraman dan Ultraman-ultraman senior zaman kita dulu. Semua ada beb! Yang paling best, dah di alih bahasa ke bahasa Melayu! Feel aku tgk masa kecik-kecik dulu meresap ke dalam jiwa! So aku suggest korang cari la dalam bahasa Melayu. Memang lawak dan seronok! Haha.

Bukan je lawak la bila dengar dalam Bahasa Melayu, tapi plot citer dia pon menarik. Adegan fighting aku bagi 2 thumbs up. Siyes. For grafik, not bad la. Sebab citer dia tak mengarut compare tu movie-movie lain sekarang ni yg konon nya remake from rancangan-rancangan kartun yg kite tgk kecik-kecik dulu tapi result nye cm hampeh. Movie Ultra Galaxy ni memang x mengecewakan aku. Walaupon ade part-part yg kalo d fikirkan memang x logik. Haha. Tp bg aku still best.

Nak tau sinopsis ke? Aku malas nak citer. Tp memang xde kene mengena dengan Bumi. Semua berkisar masa depan Planet Nebula, yakni planet kelahiran Ultraman. So, kalo berminat g la Speedy ke sambar cd nih. Sbb kalo nak download aku x jumpa yang dalam bahasa Melayu. Haha!

Nov 3, 2010

Entri Jiwang. Padan Muka Korang..Kahkahkah!

Gua da lama x cuti..then tanggal 2 Nov lalu telah gua gunakan sebaiknya dengan menyambar Annual Leave gua yg masih banyak bakinya untuk bersama yg tersayang. hehehe. Kami sebenarnya da lama nak rancang makan best2. Memandangkan dua2 sebok, gua keje weekdays, weekend sebok dengan gig, gelpren gua plak weekdays ade kelas dan weekend kerja part time d KLCC..langsung xde masa nak berdating dengan bersungguh2. Nasib baik AL lulus, dan rancangan kami untuk makan kaw2 berjaya. Destinasi melampaui bajet kami ialah T.G.I Jumaat di Pavillion. Nokharooommm!!

Honestly, aku 1st time makan situ. Sebab aku ni bkn la pandai sangat bab2 makan ni. Makanan aku paling hebat hanyalah Mekdi, Kepsi atau Pizza. Sekali sekala ade la Sikret Resipi. Makanan ruji plak, Nasik Koboi (Nasik Putih + Telur Dadar), atau kadang2 ayam goreng standard dan juga ikan masin pekasam. Itu da cukup menggiurkan aku. Haha! Nak ckp aku tipu la tu x penah makan mahal? kepala jimbit anda. Serius 1st time ni! Maklum lah saya budak kampung. Mana pandai makan2 ape benda tu..tp gua belasah je la. Bukan hari2 pon! hahah!


Makanan 1st yg sampai. Appetizer namanye. Harommm, tgk pon da kenyang!

Gelojoh! wakakaka!

Sampai plak yg ni. Apebende ntah..salad2 gitu la namanya.

Ni bukan saje2 duduk diam amek gambo..ni namanya da bunting!

Sedap..tapi..tapi.....

Ni sampai lagi! Main course! kepala hotak diorg la aku da kenyang makan appetizer je kot!

Udah! Bungkus dan bawak balik! Sambung makan kat umh. Meletop da ni!

I Love U Baby, nnt kite g makan mahal mengarut lagi..tp makan appetizer je, pastu balik ok!

 Itu lah kisahnye. Lepas makan, g jejalan plak. Malas nak oplod gmbr tgh berjalan. Sbb malas nak edit. Bukan korang nk tgk pon. Haha.

Ok thanks bai!

Nov 2, 2010

Kahkahkah!

Gile xde life blog gua!
Aku nk hapdet weh..tp asyk xde kelapangan je.
Babi ar..my life is running fast! woyseh.
K lah..nnt aku update.
Bye! XOXO! GOSSAP GAL!

Oct 3, 2010

We're Still Swingin'


Prognosis Death! - We're Still Swingin' (2010)
Tracklist;
01 Across These Roads, We'll Survive
02 Your Mouth, Your Gun
03 Spit For Satisfaction
04 The Sandstorm
05 Off Sweats and Sins
06 Goodnight, Mr Lonely

*Gambo koboi tu gua rembat kt Google.


Promo Flyer. EP = RM 7 only


23rd October 2010
EP Launching Party

Kindly alert guys, If buy the tickets + EP it will only cost RM15.
Which is u guys saved RM2 for the EP's.
This promotion only valid on 23rd Oct 2010.

PLUS,


This SHIT will be available on that day!
RM25 only!

COME AND JOIN US! WE GONNA HAVE SO MUCH FUN!!!

Bands/Albums Review Pt V

Huarghhhh!
Orite..for this entry, patut nye title dia "My All Time Fav..blablabla.." tp aku da tukar pendekkan sket. Title yg berkaitan (Pt I, II, III, IV) pon semua title aku da tukar macam kt atas. 6 buah band berjaya aku kumpulkan kali ini dengan penuh susah payah memerangi masa. So enjoy reading.

Counterparts - Prophets
Band hardcore dari Ontario ini telah meliriskan Album sulung mereka berjudul Prophets. diorg ni bernanung dibawah bdk2 Silverstain.
Tour gig mereka di uruskan oleh Split the atom (Paul Koehler, drummer Silverstein) dan Verona recs bertanggungjwb dalam meriliskan album mereka ni. Sound album yg cukup mantap dan energetic. Kedengaran element hc/punk yg kuat namun riff2 melodic menjadikan lagu2 mereka lebih lengkap. Sentiasa dalam playlist aku kerana mmg terbaik!



The Ghost Inside
Sebelum ni dikenali sbg As A Dying Dream. Breakdown yg berat dan meletop. Bagi peminat2 Misery Signals dan For the Fallen Dreams, The Ghost Inside pastinya x akan mengecewakan anda. Di bawah nama The Ghost Inside mereka telah meriliskan 2 album, Fury and the Fallen Ones dan Returners.





Every Time I Die
Mengetengahkan element southern metal, diasaskan oleh Keith and jordan buckley, lagak bersahaja dan "kerek" mereka amat sesuai skali dengan lagu2 ciptaan mereka. Sebuah band lama dan ade 5 full lenght album dan 1 EP. Sound guitar yg kotor dan jambang merupakan element kuat utk menjadikan anda southern rocker yg rabakkk!





Arsonists Get All The Girls
Band deathcore dr Santa Cruz CA ini pada asalnya hanya ditubuhkan sekadar suka2 dan joke-pardoy pada band seperti Horse The Band. Namun mereka semakin mendapat sambutan dan mereka bercadang menjadi lebih serius. Rilisan mereka seperti Hits From The Bow dan Game of Life menerapkan element deathgrind dan riff pelik2 yg aku pon xtau nk describe camne. Kemudian, bassist mereka Pat Mason mati overdose alcohol. Setahun senyap, beberapa perubahan line-up dan vokalis baru, mereka kembali dengan Portals. Element Deathcore lebih berat dalam rilisan kali ini. Sebuah band yang berbakat!

A Girl A Gun A Ghost
Salah satu band Southern Hardcore fav aku. Setakat ini mereka mempunyai dua rilisan sahaja iaitu Save This City dan Through The Eye of Ahab. Seperti kebanyakkan band Southern Rock, mereka gemarkan sound kotor yg x berapa nak jelas, namun strok2 drum hc/punk agak kuat dalam lagu2 mereka. Sudah agak lama tidak kedengaran berita mereka. Namun di myspace ada beberapa track "demo" baru yg mereka upload. Sound agak berbeza, tp kita cuba nantikan rilisan terbaru mereka. Em!


The Chariot
Rabakkk!! Tak payah cite banyak..Frontman mereka Josh Scogin yg merupakan bekas vokalis utama Norma Jean formerly known as Luti-kriss adalah pencetus band ni. Susunan lagu2 yg jahat, rakus dan rabak merupakan trademark mereka yg mnjadikan mereka digilai. Memiliki 3 album dan 1 EP. Kedengaran album ke-empat akan menjengah pasaran dalam tahun ini. Haiwan buas The Chariot!!





Alrite..that's all for this time. Maybe aku akan pause utk posting band/album review ni lepas ni. Aku xtau bila lagi aku ada masa nk buat review2 ni. Kalo ade, ade la. Kalo xde tu, aku xleh nk buat apa. Aku kesuntukan masa. Hahaha..

Sape2 yg suka aku review2 ni, THANKS A LOT. Pada yg x suka..xpe lah. G la bace review orang lain. Aku x marah pon. Lagipon aku buat ni pon syiok sendiri. Tak pakai duet kau. Kehkehkeh! Ok bye!

Oct 2, 2010

Lama Tak Hapdet

Hai.
Lama gila aku x hapdet. Aku xde masa la beb. Aku bz skrg. Plus aku letih. Hahahaha!

WOI!! Asyik bagi alasan je apsl x update. Ko ingt ade org peduli ke? Bahahaha!

Suka ati aku la, Blog aku kot. Bugimaaa..

So ni cite lama sbnrnye. Tapi aku nk post gak memandangkan aku ada masa ni.
Aku pulang ke kampung utk berhari raya awal sehari. So malam tu mse aku sampai tu, aku sempat melepak dengan bdk2 skolah menengah aku. SM ANDERSON IPOH.
Yeah..mcm gathering la. Bdk2 ni mmg rajin organize event2 reunion ni. Sbb majoritinye masih ada di Ipoh. So tiap2 tahun mana2 yg sempat join event2 yg dianjurkan diorg akan join. Jadinye, setiap kali event, muka2 x sama, ade yg xde, ade yg ade, ade yg ade, ade yg xde. hehehe

Aku amat bersyukur jugak kenal budak2 ni. Walaupon masa skolah2 dlu nakal2. Macam2 perangai, tapi hasil diorg lepas skolah banyak yg menjadi, yg lagi hebat dari aku pon ada, dan ramai. Dan paling respek semangat setia kawan tu masih ada. Dapat jumpa bdk2 ni mmg sesuatu yg seronok dan semacam perasaan suka dalam ati aku. Cewah.

Sebelum aku sampai diorg mnganjurkan majlis berbuka puasa. Tapi aku sampai lambat, so aku join main futsal je la. Lepak2 dengan diorg ni sembang2 pasal life dan macam2 projek da diorg buat. Yang berjaya tu aku kagum sangat2..dan jauh di sudut ati ini ade sedikit perasaan segan. Sbb mereka btol2 berjaya dan kawan karib aku sndiri da ade bisnes sendiri. Mmg bagus pon dia..bdk pandai. Walaupon sama2 rockin' on stage masa muda2 dlu, tapi dia da benti..aku plak masih meneruskan minat aku. Aku berdoa utk kejayaan dia. Dan aku harap, aku dapat jumpa sesuatu yg membolehkan aku bangga dengan diri ini. Walaupon jalan yg aku pilih ni tidak lah menjamin sesuatu yg benar2 terjamin, namun aku percaya ada hikmah nya..dan aku percaya akan sampai satu masa Tuhan akan tunjukkan aku sesuatu. Insyaallah.











Kamera berspesifikasi tinggi oleh saudara Mior Arif dan tukang "snap" oleh saudari J

Sep 19, 2010

Busy

Gua nak hapdet. Tapi gua xtau apa nak hapdet dan x sempat nak hapet sesuatu yg menarik.
Maka nya, lahir lah post entry yg xde kena mengena dengan kehidupan sosial masyarakat Zimbabwe barat.

Have a nice day!

Sep 5, 2010

Haih..

Hanya beberapa Ramadhan saje lagi dan kemudian kita semua akan menyambut Syawal di mana takbir raya bergema. Raya Aidilfitri mmg sentiasa d nanti2 oleh seluruh umat Islam.
Namun bg aku yg da tua ni..mmg x sama da mcm mase kecik2 dlu. Teringat zaman2 collect duet raya dlu. Mmg berlumba2 ngan kawan2 sape duet raya paling banyak. Tawaf satu kampung, main redah je rumah sape2 ntah. Dengan tujuan collect duet raya. Pantang dengar ade tuan2 rumah yg murah hati bg duet raya 5 ringgit sorang, semua berebut nk pegi. Tak kurang gak yg g beraya, lepas tu tertumpah kan air, terpecahkan balang kueh kt rumah orang, kelam kabut cabut! Tak dapat duet raya pon xpelah drpd kene marah. haha!

Seronok btol jd bdk2.
Skrg da besar2. Raya hanya sehari..bg aku. Pg raya g sembahyang raya, balik raya mintak ampun maaf dr parents aku, then g beraya umh sedara mara aku yg kebanyakkan nye mmg area umh aku je. jalan kaki je bleh setel. Raya kedua da xtau nak buat apa. Haha. Member2 plak masih sibuk beraya dengan family. Balik kampung. Aku, rumah aku d Ipoh tu lah kampung. Belah mak aku dua2 da xde. Belah bapak aku mmg da lama xde. Aku da xde Atok dan Opah. Rindu mereka. Al-Fatihah.

Takde benda sebenarnye nak update..
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.
Maaf Zahir Batin.


tahun lepas punya gambar. tahun ni baju raya x beli lg.

Aug 22, 2010

Formdead

I've just delete my formspring cause i dont think i need that one.

Aug 19, 2010

The End Is Near, The End Is Here.

Sebelum tu aku nk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan2 ku yg beragama islam. X semapt nk wish awl2 Ramadhan aritu.
Neway..kebelakangan ni aku agak rajin jugak lah mem"browse" beberapa blog2 menarik. Blog2 org2 yg berfikiran luar kotak, blog2 amarah yg bijak, blog2 sindir menyindir dan blog2 yg menyentuh pelbagai aspek sensitiviti agama, bangsa mahupon masyarakat setempat. Bulan2 puasa ni la banyak plak cerita2 menarik (baik mahupon buruk). Kalo dalam sokabar tu, org buang bayi, bergaduh simbah2 acid, accident sana sini, bencana alam sana sini. Terdetik sejenak untuk aku mnginsafi diri.

So dlm bulan puasa ni, terkeluar la isu yg agak kecoh di sebuah laman sosial kegemaran ramai, Pesbuk. Pasal segelintir MELAYU yg mencela rukun Islam ketiga yakni puasa, serta umat yg menunaikan nya. Kenapa aku type MELAYU? Sbb pada aku MELAYU x semestinya ISLAM. ISLAM tu agama dan MELAYU tu bangsa. Sama la mcm org Arab. Ade yg Islam, ade yg Kafir. Cuma mindset kite di Malaysia ni da di setting kan yg kalo Melayu, wajib Islam. Aku nk bercakap pasal agama ni bukan lah pandai sangat. Aku cuma nk meluah kan pendapat atau buah fikiran aku terhadap apa yg berlaku d sekeliling. Pada aku, agama isu sensitif. Amat sensitif. Sbb ia berkait dengan kepercayaan seseorg. Kepercayaan yg datang dari hati. Tu sbb sensitif. Dan x sepatut nye kite boleh buat main2 bab agama. Maksud aku bkn boleh buat main2 ni ialah mcm ko xbleh nak main lepas je x pikir perasaan org lain. Dan ko xbleh jugak nk tunjuk pandai sangat kalo ko bukan "ahli" yg mutlak atau ko pon x berapa nak betol.
Kalau ikut hukum Islam, sesiapa yg asalnya seorang Mukmin, Islam tetapi telah Murtad, terkeluar daripada agama Islam, hukum nya wajib di pancung. Itu apa yg aku belajar. Sanggup ke aku g pancung org2 yg murtad? Kalo aku buat kt Malaysia ni, aku pon skali "gol". Dan aku rase aku x layak nk mnghukum sbb aku pon banyak dosa dan jauh menyimpang dr jalan-NYA.
Mengikut cara Islam, kalo kita x mampu nk melaksanakan hukuman tu secara fizikal, kita tegur, kalo xbleh tegur, kita berdoa dalam hati supaya diberi hidayah. Bukan nye pegi maki hamun macam org xde akhlak dan otak Apa2 ibadah kita buat, itu antara kita dengan Tuhan (Allah). DIA je yg mampu judge.

Sebenarnye, nilai moraliti, aspek mentaliti dan kesedaran hati dan diri manusia tu sendiri yg menyebabkan dunia ni kacau bilau. Aku percaya, dalam agama apa pon, xde yg mengajar penganutnya bermusuh2 dan mencaci maki sesama manusia. Sesama manusia tu maksudnye x kire la kau agama apa pon atau bangsa apa pon. Kita semua manusia. Xde agama yg menyuruh manusia berperang, bunuh membunuh sesama sendiri tak pasal2. Mentaliti manusia tu sendiri yg mnyebabkan perasaan dengki, benci tu muncul. Dan x lupa jugak nafsu yg sering menguasai hati dan otak manusia. Kalo kau tahu respek org, org akan respek kau. Tapi ramai sangat "orang" dalam dunia ni yg x bleh apply benda ni. Sebab semua nak tunjuk pandai, semua nak tunjuk alim.

Sekarang, dunia ni mmg da di akhir zaman. Aku bleh ckp aku almost x percaya semua benda yg berlaku dikalangan manusia dalam dunia ni dah.
Politik corrupt sana, corrupt sini. Freemason, Dajjal..mana lg berita yg bleh d percayai kalo semua da di exploitasi? The only thing that i believe right now is if u're Muslim, u've to get back to the Holy Al-Quran. Semua da termaktub dalam tu. Bukan baca je. Baca, faham betol2. kadang2 org baca, tp tafsiran tu da di exploitasi jd merepek2. Ya..benda ni pon nk di exploit dan di pesongkan.

Seperti yg aku mention. Aku bukan BAIK sangat. Aku bukan ALIM sangat. Aku banyak DOSA.
Tapi aku masih percayakan-Nya dan aku harap, aku dapat kembali ke jalan yg betol.

Ini hanyalah luahan atau pendapat aku. X perlu nk melenting, terasa, atau terusik. Berfikir pakai otak, Bukan kepala lutut.


Aug 15, 2010

Nothing Interesting

I wanna write something.
Something beautiful, something poetry.
But i cant spit out the words.
Cant make up my mind.
I'm not good in metaphor.
I'm not good in expressing my feelings.
I'm no romantic, i'm no sweet.
I wish for something good in the future.
I wish i could do better.
Everything can happen in our way to reach the end.
Everything can change.
I didnt ask much.
Just a fine happy life.
Living your life..living your life.
It is yours..do what u want.
As long as it can keep a smile on your face.

Dear God, i need strength..to improve myself.

.

Aug 8, 2010

Bands/Albums Review Pt. IV

Perghhh..dalam2 sibuk sempat gak buat review 6 bijik band. Info2 ni boleh la di share kita sesama kita yg minat muzik ni. Semoga berpuas ati la ye. Kalo ade yg kurang tu harap d maafkan. hehe.

Straylight Run
Kalo korang ingt lg gitaris/voc awal Taking Back Sunday, John Nolan, ini lah dia band yg ditubuhkan beliau setelah beliau keluar dari TBS. Lagu2 drpd band ni mmg sedap2 angin bertiup. Sebuah band yg bergenre ringan, alunan melody yg lebih aman berbanding TBS. Seronok layan time hening2 malam. Stuff2 diorg byk..maklum la band lama. Yg aku ade pon mcm album Straylight Run (S/T), The Needles the Space, EP lak Prepared to Be Wrong, Un Mas Dos dan About Time. Da tua2 ni syok plak ble dengar balik. haha.


The Word Alive
Band ni sbnrnye side project yg d asaskan oleh Craig Mabbit (Escape The Fate). Tp Craig da blah dan d gantikan oleh Tyler Smith. Tyler ni byk da men band. Antara band yg dia penah men Emarosa, In Fear and Faith (Voc) dan Greeley Estates (Bass/backing Voc). Ade satu EP yg berjudul Empire je yg aku jumpe. Tgk live video diorg kt Youtube mantop jugak la. bleh try dgr ok!




The Storm Picturesque
Boleh tahan band aussie ni. Scream terbaik jugaklah. Meriliskan dua EP berjudul The Storm Picturesque (2008) dan Hours (2010). Bile aku dengar lagu2 diorg ni mcm ade sikit2 BMTH pon ada. Hopefully diorg x rip dan terus mengembangkan karya mereka. Kalo siap album ni mcm terbaik je. Hopefully la.





Devil Sold His Soul
Band yg aku discover mse zaman2 awal d kolej. Mengetengahkan genre Post-Hc/Ambient yg bg aku agak rare jugak lah! Lain daripada yg lain. Rilisan2 mereka seperti Darkness Prevails (2005), A Fragile Hope (2007) dan paling latest Blessed & Cursed (2010). Album latest diorg ni pada aku mmg feel dia lebih sampai dilubuk hati la. Kalo atas moto tu aku dgr mp3 time balik kerja smbil ditemani matahari terbenam mmg tbe2 jd syahdu. Terbaik!



Killwhitneydead
Whoa..band ni jahat. Sebuah band deathcore namun cara pembawakkan muzik mereka ni lain drpd yg lain. kalo dgr msti ade yg x paham. haha. sbb nye band ni suka memasukkan petikan2 suara dari filem2 thriller dan horror terutamanya dalam lagu mereka. Dari riff2 berat "core" sampai lah riffing2 power metal dan classic rock, mmg menambah perisa dalam muzik mereka. Antara rilisan mereka yg ade dlm simpanan aku, Never Good Enough ('04), So Pretty So Plastic ('05), So Pretty So Plastic Remix ('06), Hell to Pay ('07), Nothing Less Nothing More ('07), Jingle Hell ('07) dan Stocking Stuffher ('08). Layan beb!

Sky Eats Airplane
Satu2 nye band yg menyelitkan unsur chiptune/nintendocore yg aku bleh terima. kalo nk suh aku dgr Horse The Band aku lg prefer Sky Eats Airplane. Lagi senang paham dan senang dgr. haha. Setakat yg aku tau, diorg da rilis 2 album, Everything Perfect in the Wrong Day dan Sky Eats Airplane (S/T). Seketul EP berjudul The Sound of Symmetry da rilis dalam awl tahun 2010 dan mungkin hujung tahun ni diorg akan rilis lg satu studio album. So kite tggu. Lagu2 dlm EP terbaru mereka ni boleh tahan. dah ada breakdown2 yg agak mantop jugak la. Hopefully studio album mereka x mngecewakan. yeah!


Secara jujurnye, x banyak band2 baru yg aku bleh review. Sbb banyak sgt. Dan kebanyakkan nye mmg ketara tipikal. Search je kt myspace, korang bleh jumpa x kurang dari sepuluh band yg ade riff sama. Tambah2 style mse kini yg gemarkan breakdown crabcore dan riff2 metalcore. Stgh2 band baru je aku dgr sbg koleksi tambahan. Namun terpulang pada anda semua yg diluar sana. Review ni sekadar pendapat aku yg BUKAN PROFESSIONAL. Korang2 boleh cari lebih sumber2 yg lebih tepat dan padat. Anyway, thanks for reading!

Aug 4, 2010

Tendangan Tendangan

Bekerja keras. Hujung bulan gaji. Sudah semestinya aku inginkan sesuatu sebagai balasan utk diri sendiri yg penat bekerja. Hasil titik peluh kita, kita gunakan utk memanjakan diri. Bg golongan2 seperti aku ni, siapa lagi yg sudi memanjakan selain diri sendri. Setiap bulan pastinye aku ada target utk diri sendiri. Pada mulanya ingin menyambar sebijik henpon masa kini. Namun niat itu terpaksa ditangguh. Dan sebagai pengganti, nasib baik lah gadisku telah menghadiahkan sebijik henpon sempena ulang tahun ikatan kami yg pertama. Oleh itu, boleh la di postpon prosses membeli henpon masa kini idaman aku dilain masa. Bagi mengisi kekosongan tersebut, aku telah menyambar seketul kasut. Kasut merupakan obsesi aku. Banyak survey telah dibuat, setelah diteliti dari segi bajet dan segala aspek rohani dan jasmani, aku pon menyambar seketul kasut yg sebenarnye sudah lama dalam pemerhatian. Walaubagaimanapun nafsu aku belom berakhir..aku akan terus memburu kasut2 sebagai koleksi peribadi aku. Aku pon mahu jadi seperti wanita contohnya seperti gadisku yg gila handbag. Kasut yang baru ku beli ini membuatkan aku tersenyum melihat kasut2 ku yg terdahulu. Mari kita flashback..hehe..

Vans


This one da lama. Walaupon Vans, tp beli kt Sungei Wang. so paham2 je lah. Haha. Aku da x pakai sgt kasut ni coz bile aku pakai, kaki aku senang melecet. Dalam dia keras sangat..maybe sbb x ori. Anyway aku suka design dia. Klasik.

Converse All Star
Haa..yang ni kasut wajib aku. Sbb apa wajib? Sbb aku akan pakai smpi kasut ni da xleh pakai. Bile da xleh pakai, aku akan beli kasut ni lagi. Sbb ni kasut yg bleh digayakan dgn mudah dari dulu smpi skrg. Eventho kasut ni da barai, koyak sana koyak sni..still nampak kool bile pakai. eheh. Yang ni my gf yg belikan. Yg aku beli utk dri sndri dari dlu smpi skrg aku da x ingat bape pasang dah. hehe.


Adidas Staind Smith

Ni special sket. Aku x beli pon. Kasut ni aku dapat sebagai balasan aku membantu seorang rakan. Gf kawan aku mse skolah, Ibnu, mintak aku jadi model kasut for her final project/assignment cmtu lah. Projek dia buat design kasut. Dan aku lah model utk menggayakan kasut tersebut. Tu pasal ada nickname aku kt kasut tu. Aku penah pakai kasut ni time perform walaupon kasut ni urban. haha.

Adidas Torsion

Yang ni plak aku dapat melalui org dalam Adidas hoho. Kasut ni sbnrnye kasut sample je. Macam prototype la sblum kuar kt pasaran. Aku dapat beli dengan harga yg amat murah. Memang berbaloi la. Hoho. Kasut ni futuristik gayanya. Kalo aku pakai balik kampung mmg orang kampung aku x bape paham dan menganggap aku mengalami kejutan kultur. Tp, bkn mamat2 rock dlu2 suka pakai kasut style gini ke? Ape yg pelik nye ek? Blom aku pakai kasut2 berkilat shuffle tu lagi. ahah.

Reebok Smoove

Kasut ni aku suka gile design dia. Walaupon x bape nak rare sbb ramai gak pakai, aku tetap suka. Reebok lak tu. ehhe. Dan nasib aku skali lagi baik sbb dapat beli kasut ni tgh sale. ade diskaun 20% x silap aku. Memang angkut terus. Puas ati!

Vans Half-Cab

Pasal vans ni aku da cite da. Pada yg follow blog aku, maybe ade terbaca entry psl kasut ni. Merupakan kasut substitued Globe Superfly Snake yang aku terpaksa lepas kan ketika itu. Oleh itu, kene bijak berfikir ketika membeli belah. ewah!

Globe Destroyer

The latest one! yeah. Kasut ni da lame da ade d pasaran. Boleh kate seiring gak la time aku target Superfly Snake tu. Bile aku da cukup sen nk beli Superfly Snake tu, boleh pla ABIS!!! terus xde mood nk cari pengganti. Selang beberapa bulan. Tgk2 yg ni ade sale. Sambar je lah alang2 nk raya ni kn. Murah lak tu..daripada abis mcm tu je, daripada aku kempunan nak sarung kasut bru blasah je!


Aku asyk petik nama Superfly Snake tu je...last-last x dapat pon. Xpe2..Next target, Reebok Pump. Harga mmg mahal nak mampus. Tengok la cmne nnt. aku berani ke x berani. haha.